neezuan
Fun Poster
- Messages
- 189
- Joined
- Feb 18, 2012
- Messages
- 189
- Reaction score
- 33
- Points
- 25
Tauhid (bahasa Arab: توحيد) merupakan konsep monoteisme Islam yang mempercayai bahawa Tuhan itu hanya satu. Tauhid ialah asasAqidah. Dalam bahasa Arab, "Tauhid" bermaksud "penyatuan", sedangkan dalam Islam, "Tauhid" bermaksud "menegaskan penyatuan dengan Allah". Lawan untuk Tauhid ialah "mengelak daripada membuat", dan dalam bahasa Arab bermaksud "pembahagian" dan merujuk kepada "penyembahan berhala".
Tauhid menurut bahasa ertinya mengetahui dengan sebenarnya Allah itu Ada lagi Esa. Menurut istilah, tauhid ialah satu ilmu yang membentangkan tentang wujudullah (adanya Allah) dengan sifat-Nya yang wajib, mustahil dan jaiz (harus), dan membuktikan kerasulan para rasul-Nya dengan sifat-sifat mereka yang wajib, mustahil dan jaiz, serta membahas segala hujah terhadap keimanan yang berhubung dengan perkara-perkara sam’iyat, iaitu perkara yang diambil dari Al-Quran dan Hadis dengan yakin.
Sebahagian ulama mentakrifkan ilmu tauhid sebagai berikut:
"Ilmu tauhid ilmu yang menerangkan hukum-hukum syarak dalam bidang i’tiqad yang diperoleh dari dalil-dalil yang qat’i (pasti) yang berdasarkan ketetapan akal, Al-Quran dan Hadis."
Persoalan ‘Apa itu tauhid?’ seringkali dijawab dengan ayat-ayat yang bermaksud bahawa puncak kenyataan tauhid adalah ucapan kalimah syahadah, dan sering juga berlaku apabila jawapan itu diungkap tanpa sedikit pun mengetahui makna ucapan itu. Jika yang ditanya mempunyai lebih pengetahuan, maka padanya, Tuhan itu ialah yang menciptakan sendiri kerajaan-Nya, dan jawapan yang diberi akan berkait rapat dengan tauhid rububiyah sahaja.
Kalimah ‘laa ilaha illallah’ bermaksud tidak ada Tuhan selain Allah. Kalimah ini menunjukkan bahawa manusia tidak ada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha beramal, sedang hakikatnya syariat melarang kita menyandarkan diri pada amal usaha itu supaya tetap bersandar pada kurnia Allah. Konsep ini melahirkan konsep tawakkal, dimana selepas kita berusaha, tetap kita perlu kepada Allah.
Tauhid bukanlah sekadar ucapan ‘laa ilaha illallah’, walaupun ucapan tersebut merupakan sebahagian daripadanya. Tetapi tauhid itu adalah nama untuk pengertian yang agung dan ucapan yang mempunyai erti yang besar, lebih besar dari semua pengertian. Tauhid ialah pembebasan terhadap penyembahan kepada semua yang bukan kepada Allah dan penerimaan dengan hati serta pengibadahan kepada Allah semata.
Allah berfirman
“Sedangkan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang” (QS 2:163)
Dan Allah berfirman lagi
“Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku kepada neraka? Kenapa kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan apa yang tidak aku ketahui, padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?” (QS 40:41-42)
Ayat-ayat begini banyak dalam Al-Quran dan menerangkan bahawa erti dua kalimah syahadah adalah bebas dari penyembahan kepada selain Allah, dan mengkhususkan Allah sahaja untuk penyembahan itu. Inilah petunjuk dalam beragama dan untuk perkara inilah Allah mengutus para rasul-Nya dan untuk perkara inilah juga Allah menurunkan semua kitab-Nya.
Orang-orang musyrik sebenarnya percaya dengan kewujudan Allah, dan mereka mencari perantara untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah lalu diharapkan kepada rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya. Ibn Abbas berpendapat bahawa yang mereka seru dengan doa ialah Isa, Maryam dan Uzair. Athaa’ dan ad-Dhahhaq pula berpendapat mereka menyeru pada para malaikat.
Yang dibenarkan dalam Islam bukanlah berdoa kepada malaikat atau nabi atau perantara lainnya. Islam menuntut kita agar hanya rasa takut dan berharap kepada Allah kerana itu hak Allah kepada hambanya. Suatu kisah terjadi dizaman Rasulullah s.a.w, dimana seorang pencuri telah dipotong tangannya, lalu dia berkata kepada Nabi, “Allahumma Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah dan aku tidak bertaubat kepada Muhammad.” Nabi s.a.w langsung bersabda, “Dia mengetahui yang hak bagi yang berhak.” Perkara ini menunjukkan bahawa yang patut ditakuti, digeruni, diharapkan dan dipanjatkan doa ialah Allah, dan Allah semata.
Demikianlah para ahli tafsir, dengan bukti-bukti seperti di atas, menyatakan:
"Maka teranglah bahawa erti tauhid dan syahadat laa ilaha illallah ialah meninggalkan perbuatan orang-orang musyrik, iaitu berdoa kepada orang-orang saleh, atau malaikat atau jin dalam meminta pertolongan Allah untuk menghilangkan bahaya atau mendapatkan rahmat."
Orang Islam mempercayai bahawa Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk atau konsep yang lain. Monoteisme Islam adalah mutlak, bukannya relatif atau majmuk dalam semua erti kata perkataan ini. Oleh itu, orang Islam menolak konsep Triniti yang dipegang oleh kebanyakan orang Kristian yang memerihalkan Tuhan sebagai tiga makhluk.
Erti kalimah Laa ila ha illallah Muhammadur rasulullah adalah tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Apabila kita mengucapkan Kalimah ini dengan ikhlas dan yakin terhadap kalimah ini, makankita telah membuat suatu perjanjian dengan Allah Taala bahawa kita akan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Laa ila ha illallah adalah kalimah "keyakinan". Hanya dengan keyakinan yang betul maka Allah swt mengurniakan kepada hamba-hambaNya syurga yang lebih besar dan luas daripada langit dan bumi.
1.Tujuan Kalimah Laa ila ha illallah
Tujuan kalimah ini adalah untuk memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makhluk dari hati kita. Untuk memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati, hendaknya kita yakin bahawa Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu yang dijadikanNya. Allah Taala dapat melakukan sesuatu tanpa pertolongan makhluk sedangkan makhluk tidak dapat berbuat sesuatu tanpa izin Allah swt.
Contohnya, sifat api ialah panas tetapi ketika Raja Namrud melemparkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam timbunan api, api tersebut tidak dapat membakar tubuh Nabi Ibrahim sedikitpun. Juga ketika Nabi Musa a.s beserta pengikutnya dikejar oleh Firaun dan tenteranya, Nabi Musa a.s dapat melintasi Laut Merah dengan selamat, tetapi laut yang sama juga Firaun dan tenteranya ditenggelamkan oleh Allah swt. Api dan air dapat mendatangkan kebaikan dan juga kemudharatan. Semuanya tergantung kepada Qudrat dan Iradat Allah swt. Maka, keyakinan yang mesti kita tanamkan adalah bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
Oleh sebab itu, dalam kehidupan sehari-hari kita harus yakin bahawa rezeki itu berasal dari Allah swt dan bukanlah dari wang gaji suami/isteri kita. Suami/isteri kita hanyalah perantaraan asbab. Apabila sedang makan, kita harus meyakini bahawa yang mengeyangkan perut kita adalah Allah swt, bukan makanan. Semua perbuatan kita dapat terjadi dengan izin Allah swt. Apabila kita menjauhkan keyakinan dari kekuasaan makhluk dan menumpukan keyakinan hanya kepada zat dan kekuasaan Allah swt, maka Allah swt akan menundukkan makhluk untuk kita. Jadi, keyakinan seperti inilah yang sedang kita usahakan agar masuk ke dalam hati kita kaun keluarga kita dan ummat Rasulallah saw. Segala yang ada di dunia ini hanyalah asbab belaka, sedngkan kita tidak boleh yakin dengan asbab.
Kelebihan kalimah Laa ila ha illallah
Sabdaan Nabi saw mafhumnya:
1. Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulallah saw bersabda." Tidak ada seorang pun yang mengucapkan Laa ila ha illallah pada satu waktu pada malam hari ataupun siang hari, melainkan dihapuskan keburukan-keburukannya (dosa-dosanya) dari buku catatan amalnya sehingga keburukan itu digantikan dengan kebaikan."
2. Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulallah saw bersabda. " Demi dzat yang jiwaku ditanganNya, seandainya langit dan bumi dan segala isinya serta segala yang ada di dalamnya diletakkan di dalam sebuah timbangan(dacing) dan kalimah syahadah Laa ila ha illallah di sebelah yang lain, maka akan lebih beratlah timbangan yang berisi kalimah itu."
2. Tujuan Kalimah Muhammadur rasulallah
Tujuan kalimah Muhammadur rasulallah adalah supaya kita meyakini bahawa hanya cara hidup Rasulallah saw yang akan membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Cara hidup lain hanya akan membawa kita kepada kegagalan.
Kelebihan kalimah Muhammadur rasulallah
Rasulallah saw bersabda yang mafhumnya, " Orang yang berpegang teguh dengan sunnahku pada zaman yang fasad ini, maka baginya mendapatkan pahala 100 orang mati syahid."
Hanya dengan mengikuti satu sunnah Rasulallah saw pada zaman yang telah rosak ini, maka Allah swt akan memberi pahala yang demikian besar. Ini menunjukkan betapa sayangnya Allah kepada hamba-hambanya.
Para ulama berkata bahawa pada akhir zaman ini Allah swt lebih sayang 70 kali kepada hamba-hambaNya daripada sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Tetapi anehnya, masih ramai manusia yang tidak mahu mengikuti sunnah Rasulallah saw dalam kehidupan mereka. orang yang mengikuti sunnah Rasul, nanti di akhirat Allah akan memandang mereka dengan pandangan rahmat. Satu sunnah lebih baik daripada 7 dunia dan 7 syurga. Jika kita dapat hidupkan satu sunnah Rasulallah saw, di akhirat nanti Rasulallah saw akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari telaga Kauthar dengan tangan baginda sendiri. Mereka yang mengikuti sunnah Rasulallah saw akan mendapat 4 ganjaran di dunia dan 4 ganjaran di akhirat.
4 ganjaran di dunia ialah:
dia akan disayangi orang
dia akan ditakuti musuh
hidupnya akan diberkati
agamanya tidak akan dicemari dalam kehidupannya
4 ganjaran di akhirat pula ialah:
Rasulallah saw akan dapat mengenalinya
Rasulallah saw akan memohanlkan syafaat untuknya
Di dalam kubur dia dapat mengenali Rasulallah saw
Dia akan berjiran dengan Rasulallah saw di syurga
Cara mendapatkan hakikat kalimah toyyibah ini
Kita perlu memperbanyakkan berkata tentang kebesaran Allah swt dan mendakwahkan kalimah ini kepada anak-anak,saudara mara,rakan taulan dan sesiapa sahaja. Pada malam hari pula kita memohon kepada Allah swt supaya Allah swt memberikan kita yakin dengan hakikat sifat sahabat yang pertama ini.
Wallahu 'alam.

Last edited: