Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
NAJIB mengandar cenderamata yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad (kiri) sambil diperhatikan Ahmad (kanan) di Marang semalam.
MARANG - Kerajaan memberi jaminan penggunaan RM1.5 bilion dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam bagi golongan berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarum KWSP.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah pembiayaan yang digunakan untuk skim itu tidak begitu besar berbanding dana yang ada pada KWSP.
"Skim yang dicadangkan itu tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana nilai rumah jauh lebih tinggi di pasaran berbanding harga rumah itu dijual kepada pembeli.
"Sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih besar, soal kepentingan KWSP sentiasa kita lindungi," katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas bantahan sesetengah pihak terhadap penggunaan RM1.5 bilion dana KWSP untuk membiayai program itu.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, skim pembiayaan itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara tetapi tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.