BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KWAP Pula Beli Tanah TRX

Di tengah-tengah kontroversi panas berkaitan tindakan Tabung Haji (TH) membeli tanah 1MDB pada harga yang tinggi, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] juga dilaporkan membuat urusan yang sama.

Menurut laporan The Star hari ini, KWAP telah bersetuju untuk membeli sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibupejabatnya yang baru di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga sekitar 15 peratus lebih rendah daripada yang telah dibayar oleh TH.

Memetik sumber-sumber, akhbar itu melaporkan bahawa KWAP bersetuju untuk membeli tanah itu pada kadar harga kira-kira RM2,300 sekaki persegi (skp).

Menurut laporan itu, rasionalnya ialah KWAP menyewa bangunan ibupejabat sekarang di Menara Yayasan Tun Razak dan langkah itu dianggap sebagai satu "langkah yang alamiah".

Walaupun S&P belum lagi ditandatangani, laporan itu memetik sumber-sumber sebagai berkata, syarat-syarat perjanjian untuk membeli bangunan dan tanah itu adalah lebih baik daripada transaksi antara 1MDB dan TH.

"KWAP akan membayar deposit sebanyak 10 peratus dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun eskrow," kata laporan itu memetik sumber-sumber.

Tabung Haji mencetuskan kemarahan minggu lalu apabila terbocor bahawa ia telah membeli sebidang tanah di TRX pada harga 37 kali lebih tinggi daripada harga yang 1MDB diperolehi dari kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengkritik mendakwa transaksi itu bertujuan untuk menyelamatkan 1MDB yang berdepan dengan masalah pembayaran balik hutang.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/297881
 
TH beli RM2,774 per sq ft dari 1MDB
KWAP beli RM2,300 per sq ft dari TH

Harga jualan lebih rendah dari modal. Kalau guna matematik darjah enam pun boleh kata rugi.

Macam mana kata ada untung RM5 juta tu? kompius kejap.

rm5 juta tolak lg 30% ckht..
bukti ajisrahim lebih pandai dari mentri 3.85 :eek:
 
masalahnya gunatanah kws tu bukan residential ker...bukanya commercial..:-?

Yup sepatutnya untuk pembangunan projek perumahan mampu milik PR1MA.

Sekali janji dicapati. Track record masih dikekalkan. :p
 
TH beli RM2,774 per sq ft dari 1MDB
KWAP beli RM2,300 per sq ft dari TH

Harga jualan lebih rendah dari modal. Kalau guna matematik darjah enam pun boleh kata rugi.

Macam mana kata ada untung RM5 juta tu? kompius kejap.

KWAP bila lot tanah lain tuan.

Isu ini tidak ada kaitan dengan TH. Kalau tak TT dah parking kat thread satu lagi.
 
Mungkin ada yg silap faham...
KWAP tidak membeli tanah tu dari TH...tp beli direct dari 1MDB tp dengan harga yang sedikit murah dari yang di beli TH...tanah dekat TrX gak..
 
Back
Top
Log in Register