eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BANDAR RAYA KUWAIT - Pihak berkuasa Kuwait semalam menumpaskan percubaan serangan terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) oleh sekumpulan pengganas yang dipercayai anggota kumpulan Al-Qaeda.
Seramai enam warga tempatan dipercayai menyertai serangan terhadap kemudahan keselamatan Kuwait dan sejumlah bangunan kerajaan, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.
Hampir 15,000 tentera AS ditempatkan di Kuwait yang turut menjadi pusat transit sebelum mereka dihantar bertugas di Iraq.
Suspek mengaku merancang satu serangan terhadap pangkalan Arifjan yang terletak di selatan ibu negara Kuwait berdekatan dengan sempadan Arab Saudi.
Stesen televisyen Al-Arabiya yang berpusat di Dubai berkata, serangan itu dirancang menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula pada 20 Ogos ini.
Briged Singa Semenanjung iaitu sebuah kumpulan militan tempatan yang ada hubungan dengan rangkaian Al-Qaeda dituduh merancang serangan itu di Kuwait.
Rancangan itu didedahkan beberapa hari selepas Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmed al-Sabah melakukan lawatan rasmi ke Washington dan bertemu Presiden Barack Obama di White House pada 3 Ogos lalu. - AP