BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutu atas talian semakin popular

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Contoh permainan duit kutu di laman Facebook.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Aktiviti main kutu yang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini bukan sahaja dimainkan secara tradisional, namun kini sudah popular dimainkan secara atas talian.

Pengendali kutu, Nurul Aida, 27, berkata, tawaran menyertai permainan kutu telah diperluaskan melalui media sosial terutamanya di laman Facebook tanpa perlu bersemuka melakukan pembayaran dan kutipan wang.

Nurul yang telah mengendali beberapa kutu secara maya berkata, aktiviti main kutu bukan hanya untuk mendapatkan sejumlah wang yang dikumpulkan daripada ahli, namun untuk membeli barangan dijual seperti barangan bayi sehingga mencecah harga ratusan ringgit.

"Saya pernah masuk satu laman web di internet yang menjual barangan kanak-kanak atau bayi menawarkan permainan kutu bagi mendapatkan barangan tersebut.

"Kebanyakan yang tertarik dengan aktiviti ini adalah mereka yang tidak mampu mendapatkan barangan tersebut secara tunai dengan harga mahal dan mahu barangan tersebut dengan segera.

“Kebiasaannya pengendali laman tersebut akan menjadi 'ibu kutu' dan mengutip bayaran melalui pemindahan wang di akaun bank,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, bagaimanapun kaedah tersebut masih mempunyai risiko tersendiri sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengenali ahli dan pengendali kutu.

“Saya juga menggunakan kaedah alam maya atau online melalui aplikasi WhatsApp kerana lebih mudah, namun saya akan pastikan semua ahli kutu adalah orang yang dikenali dan dipercayai untuk elakkan penipuan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kutu-atas-talian-semakin-popular-1.340908
 
tinggi risiko main dalam talian...sedangkan yang nyata pn kadang2 liat suruh bayar...
 
tak berani main kutu dalam talian ni...ambik risiko betul.
 
dah abih giliran,jawabnya liat ler bayar
 
kutu barang ni lebih selamat..dgn syarat barang2 tu smua dpt kat ahli2 kutu pd tarikh yg sama.

klu sorg dapat lebih awal..nt dia akan liat nak byr..majulah kutu demi negara!!!
 
xsecurela. kena plak xkenal. dpt je senyapla
 
Back
Top
Log in Register