BTC USD 85,851.0 Gold USD 4,315.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutip ratusan juta ringgit

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Satu sindiket perjudian online antarabangsa yang berselindung di sebalik perniagaan Internet, di sini mampu menerima ratusan juta ringgit pertaruhan dalam satu masa.
Sindiket yang menggunakan negara ini sebagai pangkalan utama bukan hanya menawarkan pertaruhan dari satu jenis sukan, malah ratusan jenis sukan antarabangsa termasuk kejohanan bola keranjang bawah 17 tahun di Amerika Syarikat yang berlangsung kini.


Kegiatan mereka yang menggunakan sebuah premis di tingkat lima, Pusat Perniagaan Megan Avenue, Jalan Ampang di sini berjaya dibongkar selepas diserbu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Bukit Aman, semalam.


Operasi kira-kira jam 2.30 petang itu menahan 17 orang pekerja termasuk dua wanita dan 15 lelaki serta merampas 30 unit komputer yang dipercayai digunakan bagi mengumpul pertaruhan.


Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Sanusi Sidek berkata, risikan awal yang dilakukan ke atas sindiket ini mendapati mereka akan berpindah dari satu premis ke satu premis lain jika menyedari tindakan mereka diperhatikan.


“Mereka menjadikan kawasan premis ini sebagai pusat operasi bagi menerima pertaruhan dari seluruh pelosok dunia termasuk yang berada di negara ini.


“Pejabat ini beroperasi 24 jam sehari dan mempunyai sistem keselamatan yang canggih termasuk menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan pengimbas cap jari bagi mereka yang ingin masuk ke premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini.


Katanya, cara kerja di premis berkenaan amat tersusun dengan mereka mempunyai jadual pekerja mengikut rutin malam dan siang sama seperti pejabat swasta lain.


Sanusi berkata, sindiket itu dipercayai sudah tiga tahun beroperasi.


Menurutnya, kadangkala pekerja sindiket itu boleh beroperasi dari rumah dengan menggunakan talian serta laman web yang sudah disediakan kepada mereka bagi mengaburi pihak berkuasa.


Semua mereka yang ditahan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dan bagi tindakan selanjutnya dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953, yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM200,000 jika sabit kesalahan.
 
hebat negara malaysia
biz juta2 buat kat opis jer
dah tu meluas sampai luar negara
 
Back
Top
Log in Register