BTC USD 28,573.7 Gold USD 1,969.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutip bayaran PTPTN ikut pendapatan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM - PTPTN perlu menumpukan untuk mengutip hutang hanya daripada peminjam yang mempunyai pendapatan boleh belanja bulanan melebihi RM1,000 sebulan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja yang mengasingkan antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar dan peminjam yang betul-betul tidak mampu.

"Contohnya, peminjam PTPTN wanita yang suri rumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

"Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya," katanya melalui satu kenyataan.

Menurutnya, daripada senarai pendapatan peminjam itu, PTPTN dicadangkan menghubungi peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar untuk membuat rundingan jadual bayaran.

"PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

"Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar," katanya.

Menurutnya, cara itu sudah pun digunakan oleh badan biasiswa seperti Petronas, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Rafizi menegaskan, menggunakan CCRIS untuk memaksa pembayar melangsaikan hutang PTPTN benar-benar menjadikan rakyat sebagai mangsa dalam keadaan ekonomi yang sudah pun menekan.

"Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan," dakwanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/kutip-bayaran-ptptn-ikut-pendapatan-1.323777
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register