BTC USD 85,223.2 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurus Tapi Kolestrol Tinggi..

NEMO

CG Super Hardcore Club
gemgemgem
Messages
109,177
Paid Membership
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,177
Reaction score
1,046
Points
1,101
Salam...last week den buat full blood test...kolestrol tinggi hampir 6.0 dari paras normal 5.2.

Kolestrol jahat LDL pun tinggi 2x ganda dari nilai normal..

Den kurus jer..xsangka plak kolestrol tinggi. sape lg ada masalah kolestrol tapi kurus kat sini..:-?




Info Ringkas:


ldl-hdl.jpg


* Terdapat dua jenis kolesterol: Low-density lipoprotein (LDL) dan High-density lipoprotein (HDL). Tahap LDL yang tinggi tidak baik untuk tubuh, sebaliknya, tahap HDL yang tinggi pula baik untuk badan. Tahap kedua-dua kolesterol ini perlulah seimbang mengikut keperluan tubuh.

* Jika tahap kolesterol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan LDL yang berlebihan, anda berhadapan lebih risiko penyakit jantung atau strok.


* Tahap kolesterol keseluruhan:
Kurang 200 - tahap terbaik.
200 to 239 - tahap sempadan tinggi
240 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol LDL:
Bawah 100 - ideal bagi mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung.
100 to 129 - menghampiri optimal.
130 to 159 - sempadan tinggi.
160 atau lebih - bermakna anda berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit jantung.

* Tahap kolesterol HDL:
Kurang daripada 40 - bermakna anda lebih berisiko menghidapi penyakit jantung.
60 atau lebih - amat kurang berisiko menghidapi penyakit jantung.


kolesterol.jpg

Punca Kolestrol Tinggi Bg Si Kurus

1-Kurang bersenam
2-Pola pemakanan yang teruk
3-Gaya hidup tidak sihat
4-Alkohol
5-Stress


Kenapa kita mesti takut sangat kolesterol ni?

Kolesterol ni adalah bahan utama penyebab salur darah tersumbat( atherosclerosis ). Macam longkang rumah kita, kalau longkang tu licin dan tidak ada sampah, airnya lancar saja meluncur pergi membawa kotoran. Tetapi apabila ada bahagian longkng yang pecah atau sumbing, maka sampah mudah tersekat. Mulanya lidi kecil saja lekat, lepas tu akan terkumpulnya sampah yang lain, plastik, sisa makanan dan akhirnya kalau tak buang akan tersekat seluruh longkang. Mulalah nyamuk membiak dan jadi penyakit.

Serupa juga dengan kolesterol. Kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi adalah sahabat karib, TheTthree Stooges. Kencing manis dan darah tinggi adalah penyebab utama cedera salur darah semacam longkang pecah dan sumbing. Apabila salur darah cedera, kolesterol jahat akan berkumpul di tempat cedera dan membentuk plag. Makin lama dibiarkan makin besar plag dan salur darah makin tersumbat dan akhirnya darah tersekat. Kalau darah tersekat di jantung maka jadi serangan jantung. Kalau darah tersekat di otak jadi strok. Kalau darah tersekat di kaki maka jadi kaki gangrene.

Setelah kuselidik gaya hidup..mmg byk duduk dpn pc, kurang bersenam, suka makan telor dan nasi lemak pagi2..nampaknya kena ubah gaya hidup..JOM UBAH..
 
makanan kurangkan kolestrol

soya.jpg


Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi

kuaci1.jpg


- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.


kurma1.jpg


- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

epal.jpg


- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

tuna.jpg


- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

kacang.jpg


- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung


mangga.jpg


Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

kismis.jpg


Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus


jambu1.jpg


disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.


sumber http://permatacintaku.blogspot.com/2012/12/omega-guard-shaklee-hapus-kolesterol.html
 
aku pernah kena gak dulu (7.3).. n skg pn masih lg hehe mmg punca dr makanan la. telur kuning tu kena limit 3x je seminggu. putih telur xpe nk mkn hari2 pn
 
berapa RM wat full checkup cmni?
 
Orang kurus mmg tinggi kolestrol dalam darah dan orang gemuk kolestrol disimpan dibawah kulit sbb tu kolestrol org gemuk adalah rendah berbanding org kurus
 
risau juga.. badan berisi ni.. exercise pulak jarang..
bro cek aritu cmna bro? die ade ambik darah yg cucuk guna jarum panjang tu ke?
 
risau juga.. badan berisi ni.. exercise pulak jarang..
bro cek aritu cmna bro? die ade ambik darah yg cucuk guna jarum panjang tu ke?

bdn berisi....mmg cara dia kurangkan berat bdn jer... mcm den dah kurus..mmg kena tukar gaya hidup...cucuk je tuan..xsakit pun..kena plak nurse comey lote yg cucuk sambil pegang tangan tenangkan kita..xsempat rase sakit..rase lain ada la..:D
 
Back
Top
Log in Register