BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kurung janda 8 jam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Hutang yang dituntutnya hanya berjumlah RM300 namun seorang wanita yang cuba meminta kembali wang terbabit dikurung hampir lapan jam oleh seorang lelaki dalam sebuah rumah di Jalan Nirwana, dekat sini, kelmarin.

Wanita terbabit yang juga seorang janda pada mulanya berkunjung ke rumah berkenaan selepas lelaki yang berhutang dengannya berjanji akan membayar semula wang dipinjamnya itu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai kerani itu akhirnya terperangkap dengan jerat lelaki terbabit apabila dia dikunci dari luar hampir lapan jam sehingga memaksanya menghubungi polis bagi meminta bantuan.

Menurut sumber polis, wanita terbabit pada mulanya dikatakan menghubungi lelaki berkenaan untuk meminta hutang sebelum dia diminta datang ke rumah lelaki terbabit kira-kira jam 12 tengah malam.

“Mangsa yang tinggal di Rawang langsung tidak mengesyaki sebarang perkara buruk kemudian pergi ke rumah lelaki terbabit dengan niat mahu meminta kembali wangnya.

“Sejurus sampai, mangsa dipelawa masuk oleh lelaki terbabit yang kemudiannya memberitahu dia terpaksa keluar kerana mempunyai hal penting dengan rakan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ketika itu tidak menyedari yang pintu rumah terbabit sudah dikunci dari luar menggunakan mangga oleh lelaki berkenaan.

“Mangsa akhirnya terperangkap dalam rumah terbabit namun dia bernasib baik kerana telefon bimbit miliknya tidak dirampas lelaki itu.

“Dia kemudian cuba menghubungi lelaki itu yang mendakwa hanya mahu keluar sekejap bertemu rakan namun gagal apabila telefon bimbit lelaki berkenaan tidak dapat dihubungi,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang penat menunggu dan cuba menghubungi lelaki terbabit akhirnya tertidur dan hanya tersedar kira-kira jam 8 pagi keesokannya.

Ketika itu, wanita itu masih cuba menghubungi lelaki terbabit namun gagal dan dia akhirnya membuat keputusan menghubungi polis meminta bantuan kerana khuatir keselamatannya.

Sumber itu berkata, polis yang tiba kemudian membuka pintu rumah terbabit dan wanita itu akhirnya berjaya diselamatkan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu.
 
Back
Top
Log in Register