BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Kurniakan daku serikandi.....

Tak belajar pun,,, malas nk blajar hahhahha
kau banyak ilmu ajar lah aku huhuhuhu

adoi,,rukun ni der,,dlm fardu ain,,ader blaja,,:):)
ilmu aku x bnyk,,,kalo bnyk dh jadi ustz kot,,,:D:D:D
 
1_747994880l1.jpg


Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk
rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak
permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam
ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita
hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.




sumber..
* Seindah hiasan adalah wanita solehah..


mane nak cari :((:((:((






.
 
Empat Watak Lelaki
4 Orang Lelaki...

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka?

Na'uzubillah.........artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

Pertama:-ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:-suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat ,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram ..apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:-abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat:-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........ nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat .....

Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar supaya tidak tersilap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA
BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri...... jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kalam,marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik....oleh mana-mana pihak?????????

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang Muslim dengan SYURGA,semua kaum Muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

BERSINAR KEMBALI:TabaRRakkA...

Banyak aweks menangis bila baca ini.. sumber.. :)paid
 
Catatan srikandi.. Sumber (confidential)


Terkisahku di antara
cinta yang rumit…

kekadang hati berbisik…
Mampukah aku berjuang sehebat itu…
Tapi bila keyakinanku datang…
Kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

Maafkan bilaku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta berbisik sendirian
Cintaku padamu….

Bila bahagia mula menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
namun terus ku bawakan cinta
ke dalam sujudku

Berundur bukan bererti kalah…
mungkin ada janji yang telah terpatri
Ada hati yang harus dijaga
Ada sesuatuu yang harus didahulukan…

Dan sememangnya urusan Allah kepentingannya tetap berada di atas.

Terserah pada hati untuk memilih…antara dua, fikirkan masa yang terbaik untuk diri. Tiada paksaan dalam agama…tiada tekanan dalam perjuangan…

Selagi terdaya selagi termampu…selagi Allah izinkan…aku tetap ada untukmu…​
 
Antara kita jarang terlafaz cinta
Walau hakikat ada cinta antara kita
Bagimu cinta bukan sekadar kata-kata
Tapi dari perlakuan bukti sebuah cinta

Caramu kuterima cinta terpatri
Menjalin rasa mengukuh ikatan
Sedar cinta ini bermula dari diriku
Segala dihadapan aku hadapi

Dalam tenang mengalun cinta
Aku menggalas sebuah perjuangan
Menentang segala rasa menongkah arus
Biar terkadang bagai berliku

Aku terima logik diberi
Aku mengerti perjuangan digalas
Menerima seseorang antara kita
Berkongsia setiap apa yang aku ada

Bila aku adalah pintu
Bermakna aku berada di depan
Lantas aku depankan diri
Melamar srikandi untuk perjuangan

Dalam menjalin rasa bersamanya
Pelbagai rasa Allah berikan
Segalanya bertingkah dan berlagu
Demi perjuangan aku teruskan

Janji telah dilafaaz
kata telah dikota
Srikandi menolak lamaranku
Adakah ini sekadar ujian?

Sampai ke saat ini
Aku masih dengannya
Bertanya khabar menghilang sepi
Biar terkadang seakan menyepi

Dan dikau
Sekali lagi memberikanku hadiah
Seorang lagi srikandi untukku mesrai
Lalu, kuserahkan pada bijakmu
Gunakan akal dan logikmu untuk bersama

Kau kubiarkan lepas bebas dengan caramu
Walau sesekali hati merintih
Ku kuatkan hati, itu bisikan syaitan
Agar dikau selesa dengan caramu

Hancur luluh melihat kau bergandingan dengannya
Tapi ku tabahkan hati kuatkan semangat
Itulah dugaan Tuhan yang Maha hebat
Untuk menilai di mana janji diikat

Dan sekali lagi aku terkeliru
Katamu srikandi punya pilihan hati
Biar tahu itu jawapnya
Tapi hati seakan berbelah

Adakah itu satu lagi ujian?
Dan dirimu terus dengan keyakinan
Srikandi dapat dilembutkan dengan pesona
Mentari terbit bersama puisi indah

Belum sempat aku yakini
Kau temui srikandi lagi
Berselisih di surau berturut hari
Buat aku menunggu hari

Lantas aku tersenyum sendiri
Yakinkan diri walau dibisik
Kuatkan semangat walau diusik
Tabahkan hati walau terusik

Dan hari ini masih seperti semalam
Perjuangan masih dibahu
Bukan beban bukan tekanan
Satu semangat menyahut seruan

Aku ingin berani
Seperti laungan Oya..
Berani berkata benar
Seperti semangat Oyi
Sentiasa mencipta mencari kelainan

Perjuangan ini perlu semangat yang teguh
Perjuangan ini perlu pengorbanan yang hakiki
Seperti katamu “walau mahligai kita menjadi taruhan”
Kan ku hadapi selagi Allah izinkan

Ya Allah…
Biar pun seribu srikandi menanti
Biarpun berbagai rasa bertingkah arus
Tabah dan cekalkanlah hatiku
Menawan rasa memagar emosi
Agar tidak bebas seperti kalkatu

Dan kerana janji yang terpatri itu
Kerana kata yang dilafaz
Kerana ingin bersamamu menggapai cintaNya
Kan ku yakini diri teguhkan hati
Kuatkan semangat biar berganti
Kerana apa yang diberiNya itulah bahagianku

Hadirmu ku tunggu
Pergimu meninggalkan tangis dihatiku
walau tak berzahir tapi ia berkesan
Kerana hati dah mula menerima

Sesekali hati meminta
Janganlah kau berbicara tentang gantinya
Bila kau meminta penjelasan
Sedang logikku tak seteguh tugu
Aku mengalah biar berlalu

Kerana…
Menerima yang lain…
Sedikit pilu bertandang menari…
Buat aku sayu berlagu sendu
Dan hati kembali tertanya….

Katamu…
Orang berjuang bukan seperti orang biasa
Aku perlu kuat, aku perlu cekal
Aku perlu tabah, aku perlu yakin
Sampai saat ini…itulah pintaku padaNya



Srikandi Yang Hadir
 
sri.jpg




Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…



:)paid:)paid​
 
cuba tanya mat rempit dgn bohjan, diorang pn nk cari isteri yg baik. tp sblm kawen dh pakai ramai org. pompuan baik hanya utk laki baik saja.
 
cuba tanya mat rempit dgn bohjan, diorang pn nk cari isteri yg baik. tp sblm kawen dh pakai ramai org. pompuan baik hanya utk laki baik saja.

ko suruh aku tanye ke.. :p

menurut survey tak rasmi. banyak artis nak lelaki yang beriman.. :)paid
 
Back
Top
Log in Register