BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maafkan Daku & Salam Ramadhan

pd pandangan mattop....

buat yg maner dulu pun tak kesah lah... yg penting maksud dan tujuan dia tercapai....

sbb dlm hal maaf bermaafan nie... syarat sah tertib tiada....:D tak kesah nak wat maner dulu.... :D :D

kalau dlm wuduk.... memang kena tertib..... :p

Mattop,
Aku turut nak menyelit utk memohon ampun maaf pd suma warga CG yg ada tersinggung dgn post aku....0-0 la yer (w/pun kami baru mng 6-0...hehe..gurau je...maaf lg)...
Juga selamat berpuasa & mempergandakan amal ibadat di bln Ramadhan kpd yg beragama Islam....moga amalan kita ditrima & diberkati olehNya...InsyaAllah.

ps : patut ke aku buat no 3 dulu sblm no 1 & 2.....ikut mana sempat lah....
 
pd pandangan mattop....

buat yg maner dulu pun tak kesah lah... yg penting maksud dan tujuan dia tercapai....

sbb dlm hal maaf bermaafan nie... syarat sah tertib tiada....:D tak kesah nak wat maner dulu.... :D :D

kalau dlm wuduk.... memang kena tertib..... :p

stuju mattop...
tu psl aku tulis yg mana sempat...
no 2 tu, malam ni kot....syahdu sket :D
 
Bermaafan ler kita, aku pun nak mintak maaf kat semua warga CG.
 
ikan aper yang besh dibakar.. lyn biasa makan ikan terubuk bakar jer..ketam bakar sedap gak kan:D

kalo nak makan ikan terubuk bakar byk dijual kat pasal ramadhan kat depan Wisma Satok, Kuching Sarawak.:D
 
macam tak abis jer ayat tuh...

mattop tak tau cakap arab.... :D

Time kasih mattop sbb tulung btulkan,,

Waakhiruhu ithkumminannar
...

aku pon nk mintak maaf gak pada korng klo ader kekasaran bahase,

segala kesulitan amat dikesali,
 
:)

tak abis lg ker masalah ko nie cucumerdeka... kesian mattop kat ko nie...

insyallah akan selesai juga nanti....:D

aku tujukan khas untuk bro admn DANN moga2 ALLAH buka hatinya dan melembutkan hatinya
 
salam kemaafan dan salam ramadhan al mubarak utk semua..

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
 
aku terjumpa nih dlm group UZAR,...

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Penilaian:

Assalamualaikum wbt. Benarkah wujud kisah doa malaikat Jibril ini? Dari manakah sumbernya.

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu'anhuma:
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.
Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin' ".
Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'." (Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644).

Lepas baca hadith Jabir ra, aku rasa tak sama isi kandungannya dengan apa yang disebarkan. Kalau sesiapa tahu asal usul yang disebarkan itu. Silalah beritahu. Ingatlah amaran Rasulullah SAW:
Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar. (Sahih Muslim - hadis no: 5)

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka. (Sahih Muslim – no: 3).

Jadi! Hentikan tabiat suka forward ini tanpa tahu asal usul berita walaupun niat kita baik.

Wallahu'alam.


ps : aku bkn ustaz cuma pendapat aku, bermaafan tu patut diamalkan selalu...x kira bila masa pun...sama2 kita ingat-mengingati...
 
Back
Top
Log in Register