BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kunyah roti canai berisi tali mop

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,259
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,259
Reaction score
1,665
Points
201
Kunyah roti canai berisi tali mop


PETALING JAYA – Seorang gadis trauma apabila roti canai yang dipesan di sebuah restoran didakwa mengandungi tali mop.

Menerusi perkongsian oleh pemilik akaun media sosial Yonabi, dia bersama rakannya sedang menikmati roti canai tersebut, namun kejadian itu bertukar menjadi tragedi hitam apabila roti dikunyah tidak lumat.

Setelah diperhatikan, terdapat seurat tali mop yang didapati dalam roti canai tersebut.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu mereka diminta membayar makanan tersebut tanpa diskaun oleh pemilik kedai tersebut.

Perkongsian tersebut tular sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang marah dengan tindakan peniaga tidak menjaga kebersihan premis.

“Aku ingatkan aku seorang sahaja yang pernah kena macam ini. Haih,” luah seorang pengguna.

Sementara itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama seperti gadis itu di ruangan komen.

“Tali mop! Masa aku kena dulu, ada cicak dalam tomyam. Kawan aku dah habis makan dua pinggan sebab ingatkan itu cendawan. Rupanya cicak,” kongsi Black Rose.

“Saya pernah makan roti canai ada bulu. Terus serik dan tak mahu pergi lagi ke kedai itu,” luah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
 
apokah namo kedai makan yg misteri itu?
kalau sodap kasitau kami,
kalau tak sedap tularkan kek sini,
nanti netizen akan cari & maki...

ekekekekeke
tgk tray makanan tuh... cam kedai mamak jaa...
 
Majoriti kedai mamak beli je roti canai mentah. Dah tak uli sendiri. Tali mop tu mungkin dari kilang lah kot.

Yup....
Kbnyakan doh beli dari kilang....
Kuah je kedai buat....

Psssttt.. Doh roti canai tu ado jual kek mudah atau shopee kalau tak silap....
Kot2 ado yg nak berlatih tebar roti canai.
Boleh la beli...
Hahhahaa....
 
Back
Top
Log in Register