BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kunci Kemurahan Rezeki

siraweh

Fun Poster
Messages
867
Joined
Apr 4, 2010
Messages
867
Reaction score
78
Points
30
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.”
Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian

Pengajaran Hadis:
i) Allah yang mewujudkan sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu sifat belas kasihan yang menggerakkan seseorang itu untuk bersedekah. Firman Allah S.W.T yang maksudnya "Bandingan (perbelanjaan/derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji benih. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah amat luas (rahmat) kurnian-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”(al-Baqarah:26)
ii) Syarat bersedekah adalah keikhlasan. Tidak kira wang ringgit atau sebagainya asalkan ia dapat memberi kesenangan terhadap orang yang memerlukannya kerana kesenangan (kekayaan) yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya merupakan satu perkongsian dan tanggungjawab terhadap sesama manusia di muka bumi ini.
iii) Sifat suka bersedekah lawannya adalah bakhil. Sifat bakhil dicetuskan oleh Allah kepada hamba-Nya yang lupa akan kewajipannya dan sangat cinta kepada harta kekayaannya.
iv) Oleh itu demi mencari keredhaan Allah kita hendaklah menggunakan waktu yang ada dengan beringat-ingat kepada yang susah dan memberi sedikit bantuan mengikut kemampuan. Sebenarnya di sebalik amalan bersedekah akan dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan sesungguhnya amalan yang baik akan dibalas baik oleh Allah S.W.T.

Renung-renungkan.Selamat beramal :)
 
good info tt...
kalau boleh masa tgn kanan menghukur 2, tgn kiri x tau brapa jumlahnya
senyum pun sedekah jugak... :D:D:D
 
bapak mertua aku ckp bila kita ada duit, kita kena bagi, bagi dan bagi kat sedara mara, adik beradik.

tak silap aku la, masa belajar dulu, antara pihak yg kita kena tolong dulu adalah ahli keluarga, jika dah cukup baru jiran2 kemudian baru org luar. betulkan aku kalo salah.
 
what you give, you get back. Lagi banyak kita keluar, lagi banyak kita dapat. Selain tu, untuk murah rezeki kena banyak istighfar. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Kebanyakan rezeki kite tertahan sebab banyak dosa. Jadi istighfar di menghapuskan dosa. Bila dosa dah takda, maka masa tu rahmat Allah terbuka luas. So, kita bersedekah tu pun sebenarnya menghapuskan dosa. Bila dosa takda, rezeki datang mencurah-curah. (perlu ingat, rezeki tu bukan setakat makanan dan wang ringgit je)
 
Back
Top
Log in Register