BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan G8 dalam PKR?

qba437

CG Top Poster Club
gem
Messages
32,538
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,538
Reaction score
92
Points
120
Wee Choo Keong telah mendedahkan tentang "Kuasa G8" di dalam PKR. Chee Keong menggelar mereka dengan gelaran "little Napolean". Zulkifli Noordin pula bernada serupa apabila menggelar mereka sebagai "firaun Kecil". Siapakah mereka yang dikatakan "golongan 8 yang paling berkuasa" di dalam PKR ini?

Menurut tilikan dan risikan, mereka yang dimaksudkan ini ialah Pakar "putar alam" PKR iaitu Saifudin Nasution, Pakar "koyak baju" PKR Tian Chua, "Ratu jerit" PKR Fuziah Salleh, Pakar "mulut celupar" PKR Gobala Krishnan, Pakar "Gila kuasa" Sivarasa, Pakar "swindle" PKR Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim "the drunken master" dan akhir sekali tidak lain tidak bukan "king of the king & a great lover" PKR Azmin Ali!


Menurut cerita, kelapan-lapan "geng paling disayangi" oleh Anwar di dalam PKR ini sering menasihati Anwar hampir dalam semua perkara. Mereka ini begitu berpengaruh dalam hidup Anwar sehingga mampu merubah dasar di dalam PKR. Malah jika sesiapa saja yang berhajatkan sesuatu, maka adalah lebih baik mereka meminta dari Anwar melalui salah seorang dari mereka, insyaAllah mustajab!

Dengan "kuasa" kelapan-lapan "dalang PKR" inilah telah menyebabkan Zulkifli Noordin terbuang dari PKR. Atas "jolok nasihat" mereka inilah maka Zulkifli dipecat dari parti. Sedangkan Zul Kulim itu sangat akrab dengan Pak Syiekh sekeluarga. Mungkinkah mereka ini yang dmaksudkan sebagai "firaun kecil" oleh Zulkifli Noordin?

Wee Choo Keong mungkin menggelar mereka sebagai "Kuasa G8" memandangkan mereka ini mempunyai "kuasa kewangan" yang hebat. Negara-negara kumpulan G8 setahu saya adalah negara-negara kuasa besar yang mampu mengawal ekonomi dunia. Apakah "geng no.8" ini juga bersifat sedemikian? Kalau begitulah gayanya, maka imej mereka ini tentu akan memberi cabaran hebat kepada "Geng tingkat 4"!
 
Back
Top
Log in Register