BTC USD 103,584 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpul RM1.6j lelong 19 bot

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mengumpul RM1.6 juta hasil lelongan 19 bot laut dalam nelayan asing termasuk dari Thailand dan Vietnam, yang menceroboh perairan negara sepanjang tahun ini.

Komander APMM Daerah Maritim (D10), Tok Bali, Rozali Mohd Said, berkata lelongan itu yang terbesar pernah dilakukan sejak memulakan operasi mengawal perairan negara bermula 2006.

Katanya, 10 daripada 20 syarikat pengusaha perikanan laut dalam serta individu terbabit dalam lelongan itu sejak tender untuk melelong bot terbabit dibuka pada Oktober lalu.

“Lelongan dilakukan terhadap bot nelayan asing yang tidak membuat rayuan selama tempoh 14 hari selepas ia ditahan.

“Bot berkenaan diisytiharkan sebagai harta kerajaan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tekong dan awak-awaknya.

“Tahun ini, nilai lelongan adalah yang terbesar membabitkan bot yang mempunyai berat muatan kasar bot (40gt), ke atas dan ia adalah kejayaan terbesar APMM sejak memulakan operasi menjaga perairan negara tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Tok Bali, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Rozali berkata bot yang dilelong itu kebanyakan masih dalam keadaan sempurna dan boleh digunakan bagi melakukan kerja menangkap ikan.

Katanya, jawatankuasa penilai dari ibu pejabat APMM meluluskan tender kepada mereka yang sebahagiannya daripada pengusaha bot laut dalam dari negeri ini, Terengganu dan Johor.

“Pada kebiasaannya bot seperti ini boleh mencecah harga hingga RM1 juta. Bagaimanapun, ia dilelong pada harga antara RM28,000 hingga RM185,000.

“Semua hasil terbabit akan dimasukkan terus ke dalam akaun perbendaharaan negara. Sebanyak lapan bot lagi sedang dipertimbangkan untuk dilelong awal tahun depan.

“Selain itu, APMM juga berjaya memungut lebih RM142,000 hasil lelongan ikan, rampasan minyak subsidi dan kompaun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 sepanjang tahun ini,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register