lastshark
Active+ Member
- Messages
- 4,505
- Joined
- Aug 27, 2007
- Messages
- 4,505
- Reaction score
- 4
- Points
- 25
Tujuan : menyampaikan maklumat akidah dan strategi dakwah yang berpandukan syariat.
Matlamat : Diakhir kuliah ini para forumer dapat mengenalpasti aliran aliran songsang dan sesat dalam uslub dakwah serta ajarannya.
Objektif : Memurnikan pemahaman forumer tentang keperluan mengenalpasti kebathilan dan kebodohan dalam uslub dakwah serta meningkatkan pemahaman forumaer untuk menjalankan misi dan visi sebagai seorang yang beriman.
Pengenalan : aku juga pelajar sehingga akhir hayat...so apa yang aku tahu dan aku pelajari ingin dikongsi dengan semua forumer disini....kesempatan yang ada aku taip sikit sikit kat word...[ cadang nak terbit buku] dan aku paste ke forum ni...[ copy&paste puak petaling tak terima ni sebab diorang buta it kot mueheheh ]
so... selamat membaca.:
Part 1:
Akidah Tauhid :
Islam adalah ad Din yang telah diwahyukan Allah kepada Rasullullah s.a.w.Ia merupakan ad Din yang berintikan iman dan amal. Iman itu merupakan aqidah atau pokok dan di atasnya berdiri syariat Islam. Ad Din adalah satu cara hidup yang merupakan sistem yang merangkumi peraturan-peraturan yang menyeluruh dan undang undang yang lengkap dalam semua urusan hidup manusia dan diamalkan secara total.
Sementara aqidah pula terdiri daripada perkataan aqad yang umumnya beerti simpulan atau ikatan yang ditakrifkan biasanya berlaku pada benda seumpama tali.Perkataan ini juga digunakan secara maknawi seperti perjanjian dan seumpamanya.Dari ikatan atau simpulan maknawi ini lahirlah perkataan aqidah iaitu ikatan dan simpulan maknawi yang khusus dalam kepercayaan.Ringkasnya aqidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin terlerai atau terungkai.Konsep aqidah inilah yang disitilah kan dalam Islam sebagai Iman.
Sementara Syariat pula beerti cara cara beribadah,asas asas kehidupan bermasyarakat,undang undang yang mengatur perhubungan di antara hamba hambaNya mengenai muammalah,dan hukum hakam jenayah, serta sempadan antara halal dan haram.
Setiap rasul yang diutus Allah kepada manusia membawa ad Din yang satu iaitu menyeru kepada manusia mentauhidkan diri dan kehidupan mereka kepada Allah.Dengan kata lain kehidupan mereka hendaklah selaras dengan peraturan peraturan yang dibawa oleh Rasul Rasul tersebut.Peraturan peraturan ini dnamakan syariat. Walaupn ad Din yang dibawa oleh rasul itu sama, namun syariat yang ditetapkan bagi umat mereka adalah berbeza beza dalam sudut sudut tertentu.Ini bertujuan untuk memelihara hal keadaan bangsa bangsa yang berlainan pada zaman zaman yang berbeza demi untuk mendidik setiap ummat agar sentiasa pada batas akhlaq, kemajuan dan kehidupan yang tinggi sebagaimana firman Allah dalam surah al Maidah :
” untuk setiap dari kamu semua Kami tentukan peraturan dan jalan [ yang pasti ditempuhnya]’ ayat 48.
Junjungan Rasulullah s.a.w telah memansukhkan syariat syariat nabi nabi sebelum Baginda dan menempatkan sebuah syariat yang sempurna yang padanya tiada berbeza beza dari segi ibadah, asas asas kehidupan dan undang undang yang berlaku di antara manusia seluruhnya hingga hari kiamat.
Imam Hassan al Banna menyebut perkara ini sebagai: Islam adalah negara dan watan atau pemerintahan dan ummah.Akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang undang atau ilmu dan kehakiman., kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan,jihad dan daawah atau tentera dan fikrah.
Daripada huraian diatas dapatlah disimpulkan bahawa Iman adalah merupakan akidah dan diatasnya terdirilah syariat atau cabang cabangnya sebagaimana firman Allah dalam surah Ibrahim :
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yangbaik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya [ menjulang ] ke langit,pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat “ – ayat 24-25.
Pengertian kepada keimanan ini tersusun kepada enam asas iaitu:
Keimanan kepada Allah, keimanan kepada alam yang ghaib,keimanan kepada kitab kitab ,keimanan kepada nabi dan rasul rasul, keimanan kepada hari akhirat dan keimanan kepada qada dan qadar.
Asas aqidah Islamiyyah adalah tauhid kepada Allah, Tauhid dalam Islam adalah inti dari Islam itu sendiri. Alquran dan keseluruhannya berbicara tentang tauhid, baik dalam ayat yang mengandungi cerita,berita tentang adalah Allah serta sifat sifatNya dan juga ayat ayat yang menerangkan makhluk dan perbuatannya.
Bersumber dari tauhid ini lahirlah cabang cabangnya yangberupa peraturan peraturan yang mengatur hubungan sesama manusia dan manusia dengan Tuhannya.Dalam semua bentuk ini, tujuan utamanya adalah untuk memperkuat serta menanam tauhid terhadap Allah ke dalam hati setiap orang yang beriman.
Tauhid Rububiyyah dan makna pengertiannya:
Beriman kepada tauhid rububiyyah beerti mempercayai Allah sebagai Rab atau Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu . Ini juga beerti mengimani bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya.Allah adalah Pemberi segala gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melaikan dengan izinNya sebagaimana firman Allah dalam surah Yunus :
‘ Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia.Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia Nya.” Ayat 107.
Beriman dengan tauhid rububiyyah juga beerti beriktiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang mencipta alam, mentadbir, memilikinya,memberi rezeki,segala-galanya dibawah pengetahuan,kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga.
Allah berfirman dalam surah al Baqarah ayat258 hingga 260 [ sila rujuk tafsir alQuran untuk mengetahui maksudnya + panjang tak sempat nak taip ni]
Secara fiitrahnya manusia ni memang sudah sedia mengenali dan mengakui rububiyyah Allah. Ini kita boleh baca dalam al Quran surah Luqman ayat 25:
“ Dan sesungguhnya jika kamu ditanyakan kepada mereka; siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab , Allah. Katakanlah, segala puji bagi Allah; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
.......BERSAMBUNG...[insyaAllah]