BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kulit Pak Belang Hias Dinding

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916

04.08.2022 - Kuala Lumpur, Sengaja simpan dan pamer kulit harimau belang pada dinding rumah didiami. Itu tindakan seorang lelaki yang ditahan pihak polis dan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas didapati memiliki kulit haiwan liar dilindungi itu.Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan menyimpan kulit harimau dianggarkan bernilai lebih RM100,000 itu dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) 2022 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Beliau berkata, seramai empat pegawai Perhilitan bersama lima anggota serta pegawai Bahagian Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kediaman mewah di Jalan Tun Razak di sini.

"Dalam operasi jam 12 tengah hari itu, pihak kami melakukan siasatan susulan aduan berhubung pemilikan kulit Harimau Belang di kediaman itu. Susulan itu pemilik kediaman warga tempatan berusia 40-an diberkas untuk siasatan lanjut. Pihak kami kemudian merampas barang kes membabitkan iaitu sekeping kulit disyaki Harimau Belang," katanya.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kulit harimau itu adalah spesis tempatan selain sumber ia diperolehi. Kadir berkata, pihaknya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum barang kes dirampas dan dibawa ke pejabat Perhilitan Wilayah Persekutuan. "Suspek yang disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kini dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Jumaat lalu, negara menyambut Hari Harimau Sedunia dengan tema Mengukuhkan Kerjasama Demi Masa Depan Harimau Malaya selain usaha meningkatkan populasi harimau Malaya di negara ini yang berbaki 150 ekor. Kadir berkata, Harimau Malaya mengalami penurunan populasi berpanjangan di Semenanjung Malaysia sejak 1950-an kesan dari pemburuan haram, isu guna tanah dan pencerobohan hutan.​

1659595465874.png
 
Ada jiran jeles la tu report hehehehehe
 
aku nk booking carpet corak cmni kt mne bleh bt
 
Cantik kulit harimau Malaya 👍. Tapi kalau boleh siat mayat kulit harimau yg dah mati tua, jangan gi bunuh diburu.

Macam aku siat kulit Arnab. Daging bikin rendang, kulit dijemur kasi garam, selepas tu boleh letak kat dashboard kereta

04.08.2022 - Kuala Lumpur, Sengaja simpan dan pamer kulit harimau belang pada dinding rumah didiami. Itu tindakan seorang lelaki yang ditahan pihak polis dan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) selepas didapati memiliki kulit haiwan liar dilindungi itu.Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan menyimpan kulit harimau dianggarkan bernilai lebih RM100,000 itu dibongkar hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) 2022 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Beliau berkata, seramai empat pegawai Perhilitan bersama lima anggota serta pegawai Bahagian Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah kediaman mewah di Jalan Tun Razak di sini.

"Dalam operasi jam 12 tengah hari itu, pihak kami melakukan siasatan susulan aduan berhubung pemilikan kulit Harimau Belang di kediaman itu. Susulan itu pemilik kediaman warga tempatan berusia 40-an diberkas untuk siasatan lanjut. Pihak kami kemudian merampas barang kes membabitkan iaitu sekeping kulit disyaki Harimau Belang," katanya.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kulit harimau itu adalah spesis tempatan selain sumber ia diperolehi. Kadir berkata, pihaknya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum barang kes dirampas dan dibawa ke pejabat Perhilitan Wilayah Persekutuan. "Suspek yang disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kini dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Jumaat lalu, negara menyambut Hari Harimau Sedunia dengan tema Mengukuhkan Kerjasama Demi Masa Depan Harimau Malaya selain usaha meningkatkan populasi harimau Malaya di negara ini yang berbaki 150 ekor. Kadir berkata, Harimau Malaya mengalami penurunan populasi berpanjangan di Semenanjung Malaysia sejak 1950-an kesan dari pemburuan haram, isu guna tanah dan pencerobohan hutan.​

1659595465874.png
 
Wat mende hiasan gitu...carila benda lain...ish³

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

Maksud: Harimau yg telah mati, meninggalkan kulit berbelang cantik berguna buat manusia sebagai hiasan. Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
 
lau tengok saiz, tengah jaras lagi rimau tu..
 
moga kena badi

Daripada sudut teori dan fizikal, tiada bukti yang dapat mengesahkan kewujudan badi ini. Apa yang wujud adalah kisah-kisah berdasarkan pengalaman mereka yang pernah terkena badi ini.

Yg heran aku tu, ada mat salleh Inggeris minat mengkajinya. Profesor Dr. Walter William Skeat dari University of Cambrige pernah melakukan kajian mengenai badi seawal tahun 1899 lagi.

Kajiannya itu telah diterjemahkan di dalam buku yang bertajuk ‘Malay Magic – Being An Introduction to the Folklore And Popular Religion Of the Malay Peninsula.’
 
lebih pada balasan perbuatan jahat manusia
macam" nama
badi la
karma la
 
Back
Top
Log in Register