BTC USD 78,086.3 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuil di setiap area perumahan?

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,980
Top Poster #2
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,980
Reaction score
1,294
Points
206
Oleh Mynewshub

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah ibadat bukan Islam bagi semua pembangunan baharu yang mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 penduduk.

Pemaju juga diwajibkan menyediakan jalan akses yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur lain seperti bekalan air dan elektrik, manakala ketinggian rumah ibadat bukan Islam juga tidak akan dihadkan dengan syarat bangunan tersebut direka bentuk secara harmoni dengan pembangunan di sekitarnya.

Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) dalam satu kenyataan di muat naik di media sosial memaklumkan, tiga perkara itu antara yang terkandung dalam garis panduan pembinaan baharu yang disemak semula bagi rumah ibadat bukan Islam di Selangor.

"Exco Kerajaan Selangor, Ng Sze Han memaklumkan kepada para pemimpin agama bahawa exco negeri telah menunaikan janjinya untuk mengkaji semula dan mengemas kini Garis Panduan Pembinaan PlanMalaysia Selangor.

"Versi terkini ini mengambil kira semua maklum balas daripada pihak berkepentingan yang diperoleh menerusi perbincangan-perbincangan terdahulu," kata kenyataan itu hari ini.

CCM turut memaklumkan, turut terkandung dalam garis panduan itu adalah tanah atau premis komersial, perindustrian dan institusi dibenarkan secara rasmi untuk digunakan sebagai rumah ibadat bukan Islam.

Selain itu, keperluan berkaitan jalan akses dan jarak anjakan bagi bangunan keagamaan adalah lebih fleksibel, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS)

Jelas kenyataan itu, LIMAS akan bertindak sebagai orang tengah atau penimbang tara sekiranya berlaku pertikaian antara pemilik hartanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

"Perkara di atas hanyalah ringkasan kepada Garis Panduan Baharu (Jun 2026). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada dokumen penuh garis panduan tersebut apabila ia diterbitkan dan tersedia kepada umum.

"Garis panduan baharu ini berkuat kuasa serta-merta mulai Jun 2026 dan hanya terpakai di negeri Selangor.
 
IMG_3347.jpeg
 
Fadhli Persoal Dasar Selangor Wajibkan Pemaju Sedia Tanah Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari berkata, apakah kajian yang diguna sehingga angka 5,000 penduduk dipilih sebagai syarat automatik pemberian tanah untuk rumah ibadat bukan Islam.

 

EXCO perbetul tiga salah faham garis panduan rumah ibadat bukan Islam​


Kerajaan Negeri membidas beberapa salah faham yang tersebar berhubung cadangan semakan dan penambahbaikan garis panduan rumah ibadat bukan Islam di Selangor, termasuk dakwaan kononnya akses terus dari jalan utama akan dihalang serta rumah ibadat kecil di tapak pembinaan akan dirobohkan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (LIMAS) V Papparaidu berkata dakwaan berkenaan tidak tepat dan tidak mencerminkan kandungan sebenar garis panduan yang sedang disemak.

 
: Selangor has revised its guidelines for non-Muslim houses of worship, including requiring developers of large new townships to set aside land for religious purposes and provide supporting infrastructure.

Welcoming the revised guidelines, the Council of Churches of Malaysia (CCM) said the changes were more inclusive and equitable.

The council said the updates reflected feedback gathered from stakeholders and faith-based groups during a series of engagements with the state government.

In a statement on Tuesday (June 23), CCM said the latest version of the guidelines was presented during the third meeting between the Selangor State Executive Council and leaders of various faith bodies on Monday (June 22).

The council said the meeting, attended by state excos Datuk Ng Suee Lim and Ng Sze Han, among others, informed that the state government had fulfilled its commitment to review and update PlanMalaysia Selangor’s guidelines.

The latest version incorporates feedback from previous discussions.

“The new guidelines apply only to new developments. Existing houses of worship will not be affected.

“Developers are required to surrender a piece of land, measuring at least 1.5 acres, to be designated for non-Muslim houses of worship in all new developments with a minimum population of 5,000 residents.

“Developers are also required to provide adequate access roads and other infrastructure, such as water and electricity,” the statement said.

The council added that the height of non-Muslim houses of worship is not capped, provided the buildings are designed in harmony with the surrounding development.

It said the guidelines also officially allow commercial, industrial and institutional land or properties to be used as non-Muslim places of worship.

“Meanwhile, access road and setback requirements for religious buildings have been made more flexible, subject to approval by local councils and the Special Committee on Buddhist, Christian, Hindu, Sikh, and Taoist Affairs (Limas).

“The Limas Committee will act as a mediator and arbitrator in the event of disputes between property owners and local councils.

“On behalf of its member churches and organisations, CCM extends its deep appreciation to the Selangor Exco for listening to the concerns of non-Muslim communities by adopting these revised guidelines, which are more inclusive and fair.”

https://www.thestar.com.my/news/nation/2026...igious-purposes
 
Pemaju kene buat CSR je sebenornya. Bukan Bagi tanah je, Tanah tu ada masanya award dari kerajaan negeri. tanah dah bagi kene la buat struktur bangunan yg ada dalam KM.

Contoh Company ABCD dapat tanah dari kerajaan negeri untuk Bangunkan kawasan mix development, Lot tanah 12345 bekeluasan 5000 ekar dan setiap kawasan yg unit bilangan rumah lebih 1000 unit dah perlu ada 1 buah sekolah

itu pun ramai pemaju tak buat CSR. tanah tu nanti kalau diorg tak buat apa-apa akan diserah semula pada kerajaan negeri or kerajaan persekutuan. ikut Kebenaran Merancang tanah yg dah dikeluarkan.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register