BTC USD 80,308.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuil di Rasah cetus perdebatan

The Room

Legendary Member
gem
Messages
11,007
Top Poster #2
Joined
Feb 18, 2018
Messages
11,007
Reaction score
1,294
Points
206
Seorang pengguna Threads, Davina Naidu, mempersoalkan pengurusan lalu lintas semasa Festival Kuil Rasah selepas beliau terperangkap dalam kesesakan hampir 30 minit akibat penutupan jalan ketika sedang mengalami kesakitan teruk.

Dalam hantarannya, Davina berkata kesesakan itu menimbulkan kebimbangan kerana Hospital Mawar terletak berhampiran kawasan berkenaan dan menjadi laluan pesakit yang datang bagi mendapatkan rawatan kecemasan, menghadiri temu janji perubatan atau melawat pesakit.

Beliau turut membangkitkan soal akses ambulans yang memerlukan laluan segera ke hospital.

“Saya mengalami kesakitan yang teruk hari ini dan terpaksa duduk dalam kesesakan lalu lintas selama hampir 30 minit disebabkan penutupan jalan akibat festival tersebut,” katanya.

Davina mempersoalkan sama ada kedudukan sebuah hospital di kawasan berkenaan telah diberikan pertimbangan sewajarnya ketika pengaturan festival dibuat.

Beliau turut bertanya bagaimana keadaan itu akan memberi kesan sekiranya terdapat seseorang yang mengalami kecemasan perubatan, menanggung kesakitan yang tidak tertanggung atau sebuah ambulans sedang cuba menuju ke hospital.

Menurut Davina, perayaan keagamaan sememangnya penting, namun ia tidak seharusnya dilaksanakan sehingga menjejaskan keselamatan awam dan akses kepada perkhidmatan perubatan penting.

Beliau berkata pengurusan trafik yang teratur serta laluan alternatif sepatutnya disediakan bagi membolehkan pesakit, kakitangan hospital, ambulans dan orang ramai melalui kawasan berkenaan.

Davina turut mempersoalkan bagaimana pengaturan tersebut boleh diluluskan atau dilesenkan tanpa mengambil kira secukupnya kesannya terhadap hospital dan komuniti sekitar.

Menurutnya, pengalaman berdepan keadaan tersebut ketika dirinya sudah berada dalam kesakitan teruk amat mengecewakan dan menyedihkan.

Beliau pada masa sama mengingatkan bahawa apabila masalah seperti itu berlaku, orang ramai akhirnya akan menyalahkan kuil dan aktiviti keagamaan, sekaligus mencetuskan kekecewaan serta rasa tidak puas hati yang tidak sepatutnya berlaku.

“Raikan perayaan anda, tetapi sila lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan terhadap orang di sekeliling anda, terutama apabila ia melibatkan sebuah hospital,” katanya.

Sumber - The Merdeka Times
IMG_6706.jpeg
 
Melayu kena hingar kat MB baru lah. Nak tahu juga apa kata dia dalam hal ning.
 
eh dia buakn Menteri Pengangkutan ke bang?

jalan jem mesti lah di bawah kementerian Pengangkutan kasi selesai jalan jem

Betul tu bang
 
susah nak ckp bila kuasa politik negara huru hara
 
Back
Top
Log in Register