bukan itu solusi nye
camtu senang lah
Kalau itu bukan solusinya, jadi apa solusinya? Solusi ni nmpk Islam terancam?
Jom kita tgk perspektif sebenar.
Populasi 5,000 orang ni bukan setakat taman ada dua-tiga lorong. Kalau purata satu rumah ada 4-5 orang, 5,000 populasi ni lebih kurang ada 1000-1250 unit rumah dah kira macam perumahan skala mega/bandar baru TOWNSHIP. Bukan asal buat kawasan perumahan baru terus pemaju wajib sediakan 1.5 ekar utk diwartakan sbg kegunaan RIBI. Then tanah 1.5 ekar (~65,340 kaki persegi) tu pun bukan bleh bina RIBI besar2 pun, tu untuk dikongsi oleh beberapa agama bukan Islam andai kawasan tu ada pelbagai penganut agama selain Islam. Saiz 1.5 ekar ni bukan setakat nak pacak bangunan kuil atau gereja saja, tapi kena ambil kira ruang parking, zon penampan, dan mungkin juga fasiliti2 lain mcm dewan komuniti dll, dan perlu dirancang agar tak ganggu ketenteraman rumah jiran sekeliling. Kalau tanah kecil sangat, nanti isu parkir melimpah ke jalan raya pula yang jadi masalah. Semua ni kerajaan nk selesaikan.
Kalau ada yang kata 1.5 ekar untuk RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam) tu "terlampau besar" dan "Islam sedang diancam", jom tengok standard untuk rumah ibadat orang Islam mengikut Garis Panduan Perancangan (GPP):
Surau diri jumaat / surau komuniti: Untuk populasi sekecil 100 orang pun dah kena peruntukkan 0.4 ekar.
Masjid: Untuk populasi 1000 orang, kena sediakan 3 ekar tanah.
Then kalau dah ada tanah diwartakan sbg tanah RIBI, kerajaan ke yg kena bina? Rasanya persatuan penganut agama tu sendiri la yg kena ambil tanggungjawab. Kerajaan wartakan tanah tu semata-mata supaya status tanah tu tak kena songlap atau ditukar jadi projek komersial lain, tu saja.