BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kucing terkaya di dunia

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
lu_05.1.jpg

Si hitam Tommaso, kucing jalanan berusia empat tahun kini menjadi kucing terkaya di dunia

ROM 13 Dis. - Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.

Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun.

Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria.

Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.

Awalnya, Assunta mengarahkan peguamnya mengenal pasti pertubuhan kebajikan haiwan untuk mewariskan estet, sekali gus menjaga Tommaso.

Setelah gagal menemui pertubuhan yang sesuai, Assunta membuat keputusan meninggalkan semua harta tersebut kepada Tommaso melalui jururawatnya, Stefania, yang merawatnya sehingga dia meninggal dunia.

Seorang peguam Assunta, Anna Orecchioni percaya Stefania adalah individu terbaik untuk menunaikan segala hajat wanita tersebut kerana dia menyayangi haiwan dan menjaga Assunta sehingga ke akhir hayatnya.

"Wanita itu mengalami kesunyian sepanjang hayatnya. Dia menjaga kucing melebihi anak sendiri," kata Stefania kepada Telegraph.

Peguam Assunta berkata, mereka menerima banyak e-mel daripada individu yang ingin memelihara Tommaso.

Kekayaan Tommaso menjadikan ia berada di tempat ketiga senarai haiwan peliharaan terkaya di belakang anjing Sheperd, Gunther IV, yang memiliki harta berjumlah AS$372 juta (RM1.016 bilion) dan seekor cimpanzi, Kalu yang memiliki kekayaan berjumlah AS$80 juta (RM240 juta). - Agensi
 
adoiiiiii sampai kaya macam ni bukan tau nak uruskan
 
m'sia pun ada buat rekod jugak....lembu termahal didunia...:)):)):))
 
image.php


setau aku ini lah kucing terkaya
suka makan topup :))
 
m'sia pun ada buat rekod jugak....lembu termahal didunia...:)):)):))

Jgn cakap cam tu bro...xmahal mana lembu tu...
lembu tu cuma pegang rekod...satu2nya lembu yg diternak dlm kondo...:)
 
dulu anjing skrg kucing plak dah mcm karton plak binatang ada harta.
kalau kita nilai org melalui hartanya xde beza manusia dengan binatang kerana binatang pun ada harta jgk akekekeke
 
apa2 ponn si stefania tu larr enjoy...seumur hidup makan duit kucing....heheheh
 
Back
Top
Log in Register