BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kucing Beranak Tupai

ibu tumpangan je tu... jadi kucing dan tupai tu tak batal air sembahyang la.. hehehehe
 
Kucing lahirkan tiga anak tupai

BALING - Pelik tapi benar, itulah yang jarang-jarang berlaku malah tidak pernah terjadi apabila haiwan berlainan jenis iaitu kucing melahirkan anak tupai di sini.

Seorang ibu tunggal, Habsah Ismail, 73, berkata, dia terkejut apabila melihat kucing peliharaannya menggigit anak tupai di dalam rumahnya dengan manja dan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, dia mengekori ibu kucing itu hingga ke dapur dan melihat haiwan itu melahirkan tiga anak tupai dalam tong di rumahnya.

“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat seekor kucing melahirkan tupai dan hairannya anak tupai itu menyusu seperti anak-anak kucing lain.

“Malah anak-anak tupai itu dengan tiga lagi anak kucing dilahirkan oleh kucing peliharaan saya sejak seminggu lalu,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Besah Tok Limbong, di sini.

Habsah berkata, sebelumnya kucing itu berbunyi begitu kuat seperti orang sakit dan tidak berfikir haiwan itu hendak beranak.

“Bagaimanapun, saya menyediakan tong bagi membolehkan kucing itu beranak dan tidak menjenguk sehinggalah apabila melihat kucing itu menggigit anak tupai dan tidak menyangka anak tupai yang digigit itu anaknya sendiri.

“Saya memang terkejut kerana sepanjang hayat saya tidak pernah melihat malah mendengar seekor kucing melahirkan anak tupai sedangkan tupai menjadi musuh apabila bertemu kucing,” katanya.

Habsah berkata, apabila melihat dalam tong itu, dia mendapati kucing itu melahirkan tiga anak tupai dan tiga anak kucing.

Menurutnya, semua bentuk badan dan bulu sama seperti anak tupai cuma ekornya belum kembang, mungkin kerana masih kecil.

“Saya akan memelihara sehingga besar kerana ingin melihat lebih jelas, lagipun ibu kucing itu sangat sayang kerana menjilat dan menyusu anak tupai itu," katanya.
 
Back
Top
Log in Register