BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuching Marathon bebas ancaman - Polis

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
maragst_1533890133.jpg

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Ng Ah Lek, menunjukkan peta Kuching Marathon 2018. FOTO - Nadim Bokhari







KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan Kuching Marathon 2018 yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, membabitkan lebih 10,000 penyertaan tempatan dan luar negara, bebas daripada ancaman sabotaj dan keganasan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, berkata pegawai dan anggotanya sudah menjalankan risikan dan pemantauan rapi untuk mengesan sebarang cubaan pihak tertentu untuk menggugat ketenteraman awam ketika berlangsungnya penganjuran acara bertaraf antarabangsa itu.

Beliau berkata, penganjuran Kuching Marathon untuk edisi kelima itu turut disertai ratusan pelari dari lebih 30 negara luar termasuk Kenya, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, China, Filipina dan Britain.

“PDRM sudah membuat persediaan dengan menggerakkan anggota untuk memastikan acara itu berlangsung dengan aman dan selamat. Setakat hari ini, kita tidak mengesan sebarang aktiviti yang menjurus kepada cubaan untuk mensabotaj acara berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, di sini hari ini.

Ah Lek berkata, lebih 100 anggotanya dengan sebahagian besar anggota trafik akan bertugas sepanjang acara berkenaan yang bermula tengah malam Sabtu dan berakhir pada jam 8 pagi Ahad.

Selain polis, anggota Polis Tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan membantu mengawal lalu lintas.

Beliau berkata, 12 lokasi di bandar raya ini akan ditutup kepada lalu lintas mulai jam 12 tengah malam hingga tamat acara berkenaan.

Lokasi berkenaan ialah persimpangan Jalan Main Baazar/Lebuh Wayang; Jalan Gambier/Tun Abang Haji Openg/Jalan Main Baazar; Jalan Lebuh Wayang/Jalan Wawasan; Jalan Borneo/Jalan Tunku Abdul Rahman; Jalan Abell ke Jalan Padungan; Jalan Padungan ke arah Bulatan Sro Aman.

Turut ditutup, lampu isyarat RTM/Jalan Satok ke Padang Merdeka; Jalan Haji Taha; Jalan Khoo Hun Yeang; Jalan Masjid; Jalan Tunku Abdul Rahman serta lampu isyarat St Mary menghala ke Lebuh Wayang.

“Orang ramai yang ingin menyaksikan acara itu bolehlah meletakkan kenderaan mereka di Reservoir Park, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Kereta Top Spot, Dewan Suarah, Poliklinik Jalan Masjid dan Padang Jublee.







sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/08/460339/kuching-marathon-bebas-ancaman-polis





.
 
Back
Top
Log in Register