lpfan182
Fun Poster
- Messages
- 818
- Joined
- Aug 28, 2010
- Messages
- 818
- Reaction score
- 119
- Points
- 33
Salam warga CG,
Hari ni berkesempatan bertemu waris Tok Janggut , Ustaz Wan (cicit kepada sepupu Tok Janggut) ..apabila mendengar sendiri kisah beliau mengenai Tok Janggut (beliau ambil direct kisah ni dari Moyangnya) membuatkan aku rasa ditipu dengan apa yg aku blaja masa sekolah menengah..kebetulan pula kubur yg kononnya Tok Janggut tu di Pasir Pekan tu xjauh dari sekolah aku..selalu gak la lalu situ..so dari kecik lagi aku kagum ngan Tok Janggut ni,dan ingatkan mmg btol la Tok Janggut tu ditanam disitu..rupenya menurut Ustaz Wan , batang pisang ngan mayat askar Sikh ditanam disitu..bukannya Tok Janggut..
Bila mmbe aku, seorang wartawan Kosmo ajak buat citer pasal Tok Janggut..aku follow dia sampai Melaka semata2 nak jumpa Ustaz Wan ni..sal dia ada citer yg sahih..smpai je dekt tempat Ustaz Wan ni..dia pun citerla..dia x hingin pun populariti..niat dia nak sebarkan citer ni pasal dia sedih dengan kesilapan fakta..dia hanya berharap biarlah fakta pasal Tok Janggut ni x dapat di ubah dalam buku2 sejarah,dia redha..tapi dia harap sangat..jangan kaitkan gambar yang disebarkan seolah2 itu gambar Tok Janggut..itu adalah penghinaan kepada seorang Ulamak yg kita panggil Tok Janggut tu..tu jer harapan beliau..so x yah caya la gambar mayat Askar Sikh tu Tok Janggut..ianya tipuan British semata2..
ni sikit citer betolnya pasal Tok Janggut..panjang ag citer dia..nanti Ustaz Wan terbitkan buku x lama lagi pasal the true story about Tok Janggut..dia kata sebelum merdeka tahun ni terbit buku tu..aku sempat tgok cover buku tu tadi..
ringkasan sejarah sebenar :
Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini.
Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan Bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera.
Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan berkahwin dan mempunyai zuriat , hidup sehingga tahun 1969.
Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat kota bharu adalag untuk menakutkan orang melayu ketika itu, penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang kota bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja(british gelar pemberontakan).
Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterang jelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan Bin Munas, dan keturunannya.
British
Attachments
-
63.9 KB Views: 760
Last edited:
