BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kubur maya di Hong Kong

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
HONG KONG: Pengaruh Internet nampaknya kini turut melanda orang mati di Hong Kong selepas kerajaan membuka ‘pintu elektronik’ kepada perkuburan maya.
Dalam budaya Cina, waris si mati dikehendaki menziarahi kubur sekurang-kurangnya sekali setahun.


Namun, dengan pembukaan laman web www.memorial.gov.hk, waris boleh memenuhi tuntutan berkenaan dengan hanya melayarinya dan membuka halaman sendiri secara percuma.


Ia menyediakan ruang kepada sehingga 100,000 pengguna dan mereka boleh memuat naik gambar atau klip video si mati, selain menulis ucapan takziah.


Keluarga dan rakan si mati juga boleh mengirim ‘hadiah’ berupa simbol emoticon berbentuk buah-buahan, bunga dan lilin.


Turut disediakan, emoticon bagi **** panggang, ayam dan wang kertas yang memang popular dalam tradisi Cina.


Pengguna juga diberi pilihan memuat naik sebarang imej dianggap istimewa kepada si mati, seperti halaman lumba kuda dalam akhbar atau semangkuk mi rebus.


Bagaimanapun, tiada penyelesaian bagi masalah menghantar setanggi - sejenis hadiah yang penting - kerana kaedah memuat naik bau-bauan belum ditemui dalam teknologi kini.


Di muka depan laman web itu, pengunjung disambut dengan pemandangan awan putih dan langit biru serta cahaya matahari melatari bunga putih yang berterbangan.


“Tinggalkan pesanan untuk orang tersayang dengan kenangan,” kata laman web itu.


Menurut penerangan diberi, laman web berkenaan dibina bagi ‘membantu orang ramai memberi penghormatan serta menyatakan kesedihan kepada orang tersayang pada bila-bila masa dan di mana saja’.
 
boleh pulak mcm tu.. suda maju skrg eh
 
wtf..mengarut org china ni
 
aiksss........aku kira dah minggu lepas briter nih kuar......

minggu lepas dah kuar briter nih.......
 
aiksss........aku kira dah minggu lepas briter nih kuar......

minggu lepas dah kuar briter nih.......
 
yg bg kata2 pujian kira ok laa..mau ada yg kutuk2 sbb yg x puas ati ngan simati tuh..haha semua org tau keburukan dia nnt..
 
Salam.... benda mcm ni pun ada.. Kematian pun dema nak main2 da.... masya-allah
 
Back
Top
Log in Register