ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Honor 4X
Menawarkan teknologi telefon pintar pertama dengan rangkaian 4G pada kadar harga mampu milik, Huawei memperkenalkan siri Honor 4X bersama perisian 64-bit, sambungan yang pantas kepada Internet serta kuasa bateri yang mampu bertahan lebih lama.
Honor 4X merupakan telefon pintar ultra nipis iaitu hanya setebal 7.9 milimeter (mm) bersama paparan berdefinisi tinggi seluas 5.5 inci.
Dilengkapi kamera hadapan setinggi lima megapiksel (5MP) dan kamera belakang setinggi 13 megapiksel (13MP) bersama kelebihan EMUI 3.0 (Emotion UI 3.0) menjadikan imej yang dirakam lebih terang dan jelas.
Gajet itu juga didatangkan bersama cipset 64-bit octa-core Kirin, 2GB RAM dan 8GB ROM menjadikan telefon pintar terbaik di dalam kelasnya.
Menurut Pengarah Negara Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies Malaysia Sdn. Bhd., Gary Xu, siri Honor merupakan antara produk yang dibangunkan dalam negara.
"Penghasilan Honor 4X adalah sebagai pesaing dalam industri telefon pintar biasa masa kini dengan kelebihan perisian 64-bit.
"Telefon pintar ini juga telah melalui pelbagai ujian untuk meyakinkan pengguna tentang kelebihannya," katanya.
Dihasilkan hanya dalam dua warna iaitu hitam dan putih, Honor 4X bakal mempersonakan peminatnya.
Telefon pintar tersebut telah berada di pasaran dan bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari stor dalam talian Huawei di www.Vmall.my.