BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuarters jadi 'port' penagih

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Seorang penduduk menunjukkan keadaan di dalam kuarters yang menjadi tempat pembuangan sampah sarap.
< 1 / 2 >
PASIR MAS - Orang ramai melahirkan rasa bimbang apabila kuarters milik Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Daerah Pasir Mas yang berhampiran dengan kawasan sekolah,
disyaki menjadi 'port' penagih melepaskan gian.

Bukan itu sahaja, kawasan itu juga dipercayai turut menjadi 'port' pelajar yang ponteng sekolah, selain menjadi tempat pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rusdi mendakwa, kuarters tersebut kosong dan terbiar sejak beberapa tahun lalu dan sering dilihat menjadi pilihan penagih.

“Kawasan ini bersebelahan dengan sekolah. Saya khuatir jika langkah segera tidak diambil, ia boleh mengundang risiko, khususnya melibatkan keselamatan pelajar perempuan.

“Saya harap pihak berkenaan segera ambil tindakan dengan memasang pagar untuk elak ia terus jadi 'port' penagih dadah, selain menangani masalah ponteng sekolah," katanya.

Malah tinjauan Sinar Harian juga mendapati, kawasan kuarters itu bukan sahaja terbiar, malah dipenuhi timbunan sampah, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pelajar.

Dalam pada itu, Rusdi berkata, dia juga bimbang jika kawasan terbabit tidak dibersihkan, ia berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Sementara itu, Pegawai Aduan Awam Jupem, Mohd Azmar Che Mat berkata, pihaknya akan mengambillangkah segera dengan memagar kawasan tersebut bagi mengelakkan ia terus dicerobohi.

Katanya, pihaknya kini sedang menunggu kelulusan untuk membaik pulih semula kawasan berkenaan.

“Difahamkan kawasan tersebut berhampiran dengan gerai peniaga kecil, jadi saya nasihatkan mereka supaya jangan membuang sampah ke dalam kuarters. Bersama-samalah kita menjaga kebersihan
kawasan berkenaan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register