Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 238 penerima darjah kebesaran serta pingat negeri Perak bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang disambut pada 7 Nov.
Shamsul Azri, 56, yang merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-16 selepas dilantik pada 12 Ogos 2024, dikurniakan darjah Darjah Dato’ Seri Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Peguam Cara Negara II Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Orang Besar Empat Negeri Perak Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan menerima Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dianugerahkan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Ir Roslan Ismail dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak A. Sivanesan; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak Khairudin Abu Hanipah; Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Feisul Idzwan Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sayani Saidon antara 17 individu yang menerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang turut membawa gelaran Datuk.
Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin juga dikurniakan DPMP.
Bekas Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning Allahyarham Ishsam Shahruddin dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) secara anumerta selain 28 lagi individu turut dikurniakan pingat yang sama.
Enam individu pula menerima Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan; Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) (13 penerima); Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) (14 penerima); dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) (39 penerima).
KSN Dahului Senarai 238 Penerima Darjah, Pingat Kebesaran Perak
keputeraan Sultan Perak ke-69, Sultan Nazrin Shah,