combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak pada Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Tun Razak hari ini.
Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak mendahului senarai 103 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat sesi ketiga itu, yang berlangsung di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Turut berangkat Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua'adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama suaminya FD Idzham FD Iskandar serta Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah.
Abdul Aziz dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama-sama Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman CP Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Urusan Kumpulan VST Group of Companies Datuk Yeoh Yih Sean.
Turut dikurniakan SSAP ialah Pengarah Urusan KCJ Engineering Sdn Bhd Datuk Dr Azman Yusoff dan Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad Datuk Loh Kian Chong.
Penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera dikurniakan kepada mantan Setiausaha MCA Kebangsaan mendiang Wang Choon Wing @ Wong Soon Joong yang diwakili balunya Yap Sew Lin.
Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman DCP Shamsul Amar Ramli.
Sebanyak 29 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Marina Mat Baki dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Johor Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim.
Penerima DIMP lain ialah Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia, Bangkok Brigedier Jeneral Samsul Riza l Musa, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Ismajuri Ismail dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Mohd Fraziali Ismail.
Komisioner Jeneral Penjara Dahului Senarai 103 Penerima Darjah, Pingat Pahang
Tengku Hassanal, Pahang, pingat, darjah, penerima