BTC USD 84,441.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Kewangan Asia 1997-1998

graphicriver

Active Member
Messages
2,146
Paid Membership
Joined
Aug 11, 2009
Messages
2,146
Reaction score
575
Points
81
Ramai pernah dengar pasal Krisis Kewangan Asia 1997-1998. In fact rakyat Malaysia lah antara yang paling terkesan dengan krisis tersebut. Disebabkan krisis itu, ekonomi kita berundur 10-20 tahun ke belakang. Tapi tak ramai yang tahu bagaimana krisis itu berakhir.



Oleh: Ayman Rashdan Wong

Krisis matawang yang melanda Turki menyebabkan istilah-istilah seperti "financial contagion" dan "currency war" kembali trending. Di era kita ini, pasaran kewangan pun dah jadi salah satu medan "peperangan" di antara negara.

Demi melindungi negara daripada "volatility" kewangan, setiap orang harus memiliki ilmu asas tentang pengurusan fiskal dan kewangan negara, tak kiralah hang tu pembuat dasar atau orang awam.

Ramai pernah dengar pasal Krisis Kewangan Asia 1997-1998. In fact rakyat Malaysia lah antara yang paling terkesan dengan krisis tersebut. Disebabkan krisis itu, ekonomi kita berundur 10-20 tahun ke belakang. Tapi tak ramai yang tahu bagaimana krisis itu berakhir.

Disebabkan Tun M melaksanakan tambatan matawang 1 Dolar US = RM 3.80? Ehh bukan. Itu adalah langkah penstabilan dan pemulihan pasca krisis. There must be someone yang telah memberhentikan penyanggak matawang berbangsa Yahudi seperti George Soros daripada menyerang matawang di Asia, barulah pemimpin-pemimpin negara lain boleh rilek dan melaksanakan apa dasar yang mereka mahu.

Penamat krisis ialah kejadian yang berlaku pada hari ini, 20 tahun yang lalu. Pada 14 Ogos 1998, Donald Tsang Yam-kuen iaitu Setiausaha Kewangan Hong Kong (lebih kurang macam Menteri Kewangan) telah mengisytiharkan "perang" ke atas penyanggak matawang yang ketika itu cuba menyerang Dolar Hong Kong. Perang ini dikenali sebagai "Battle of Mandarins and Crocodiles" (官鱷大戰, "Gun Ngok Daai Zin").

"Mandarins" merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti Donald Tsang, "crocodiles" (buaya) pula merujuk kepada Soros. Bagi orang Kantonis, muka Soros ni nampak macam buaya, itu sebabnya dia dipanggil buaya.

Sehari sebelum itu (13 Ogos 1998), Indeks Hang Seng (indeks pasaran saham Hong Kong) jatuh ke paras 6660 iaitu paras terendah sejak krisis bermula pada Julai 1997, menyusut sebanyak 60% dari 16673 iaitu paras tertinggi sebelum krisis.

Sebelum itu, hampir semua negara-negara Asia gagal untuk menangani serangan ke atas matawang mereka. Thailand menjadi negara yang pertama give up untuk mempertahankan nilai matawang mereka pada 2 Julai 1997, diikuti oleh Malaysia, Indonesia, Filipina dan Korea Selatan. Satu per satu terpaksa menerima tawaran pakej "penyelamatan" daripada IMF kecuali Malaysia.

Modus operandi Soros dan geng ialah: (1) meminjam matawang negara yang disasarkan (katakan Ringgit) dengan amaun yang banyak, (2) menukarkan Ringgit ke dalam Dolar US, (3) tindakan jual Ringgit dan beli Dolar yang diulang-ulang akan memberi tekanan kepada Ringgit dan (4) menyebabkan nilai Ringgit merudum.

Apabila nilai Ringgit merudum, pemegang Ringgit yang lain termasuk rakyat Malaysia sendiri akan jadi panik dan menukarkan Ringgit ke dalam matawang lain. "Vicious cycle" itu akan destabilize nilai matawang. Jadi negara sebenarnya tak mampu nak "outsmart" penyanggak ini terutama Soros yang sangat memahami psikologi manusia menerusi falsafah "reflexivity" yang dipelajari dari Karl Popper.

Apabila Soros & Geng menyerang Dolar Hong Kong, kerajaan Hong Kong pada awalnya cuba mempertahankan nilai Dolar Hong Kong dengan menaikkan kadar faedah. Tapi apabila kadar faedah naik, pasaran saham pula akan terjejas. Maka Soros & Geng juga "short sell" hadapan ("futures") Indeks Hang Seng untuk bulan Ogos untuk cover "position" mereka dalam pasaran kewangan.

Tak perlu pening pasal istilah-istilah ini, yang penting Soros yakin Indeks Hang Seng akan jatuh pada paras yang lebih rendah, dan itu akan menguntungkan Soros.

Donald Tsang rasa dah sampai masa kerajaan bertindak, tapi tak boleh guna cara lama iaitu menaikkan kadar faedah. Apa yang Donald Tsang nampak, kalau kerajaan Hong Kong hanya bercampur tangan dalam pasaran kewangan semata-mata, ia hanya akan menguntungkan Soros & Geng. Jadi kerajaan patut mengguna rizab matawang asing untuk beli Dolar Hong Kong dan juga saham-saham di bursa Hong Kong, untuk naikkan kedua-dua nilai Dolar Hong Kong dan Indeks Hang Seng. Itu akan membuat Soros & Geng rugi dan hentikan serangan.

Sehari selepas Donald Tsang menyuntik wang ke dalam pasaran saham, Indeks Hang Seng berjaya naik ke paras 7224, peningkatan sebanyak 8% dalam sehari. Terkejut Soros & Geng, maka mereka melancarkan lagi serangan, dan serangan disambut baik oleh Donald Tsang.

Kalau den ulas lagi terperinci nanti jadi macam ulasan pasaran saham pula. Yang penting, selepas 2 minggu serang-menyerang antara kerajaan Hong Kong dan Soros & Geng, akhirnya kerajaan Hong Kong menang. Indeks Hang Seng berjaya mendarat di paras 7830 pada 28 Ogos 1998, hari terakhir bursa Hong Kong beroperasi bagi bulan Ogos, "beat" Soros punya jangkaan bahawa saham Hong Kong akan jatuh pada hujung bulan Ogos.

Dan di luar jangkaan Soros & Geng, di belakang Donald Tsang ada "tangan ghaib” yang menyalurkan rizab matawang asing yang banyak untuk menyokong perang Donald Tsang, iaitu kerajaan China. Krisis kewangan ini menyedarkan kerajaan-kerajaan Asia tentang pentingnya ada rizab matawang asing yang banyak, jadi masing-masing mula mengumpul rizab matawang asing.

Soros rugi hampir $ 2 bilion dalam pertarungan tersebut. Sebulan selepas itu, berlaku pula krisis di Rusia. Jadi Soros & Geng terpaksa menarik diri daripada pasaran Asia dan mengambil masa untuk recover aset syarikat Quantum Fund dia.

Soros hanya dapat untung 1 bilion ketika menewaskan Bank of England pada tahun 1992. Ni sekali rugi 2 bilion, mahu tak sakit hati. Sampai hari ini Soros masih mahu membalas dendam dekat China dan Hong Kong, tapi tak pernah berjaya. Seorang lagi penyanggak matawang bernama Julian Robertson yang sama masyhur dengan Soros siap kena tutup syarikat Tiger Fund dia ekoran daripada kerugian dalam perang matawang dengan Hong Kong.

Jadi siapa kata pasaran kewangan dikawal oleh Yahudi? Siapa kata bangsa selain Yahudi tak mampu untuk mengalahkan Yahudi dalam hal-hal yang mereka mahir misalnya manipulasi kewangan, asalkan ada strategi dan ilmu yang betul?

Dan korang faham kenapa Erdogan enggan untuk menaikkan kadar faedah untuk menstabilkan Lira? Erdogan sedar tindakan itu hanya akan membuka ruang kepada penyanggak matawang untuk menyerang ekonomi Turki. See? He is damn smart. Beliau belajar dari sejarah, bukan tawakkal semata-mata.

Jadi sesiapa yang kata nak berjuang menegakkan maslahat umat dan sebagainya, korang patut belajar ilmu duniawi seperti ilmu kewangan dan ilmu geo-ekonomi. Tak perlu takut dengan Yahudi yang kononnya "mengawal" sistem kewangan dunia. Hari ini, 20 tahun yang lalu, mereka telah dimalukan oleh bangsa Kantonis yang merupakan latecomer dalam dunia kewangan.

kREDIT: sembangpress.com
 
Meninjau semula krisis kewangan 1997

image.jpg


ADALAH amat sukar untuk kita memahami, punca yang membawa kepada kejatuhan mata wang Ringgit pada tahun 1997, serta langkah yang diambil bagi menangani krisis yang kompleks ini.

Antara rujukan utama dalam penelitian isu ini adalah penulisan dan ucapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, serta ucapan dan laporan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.


Di samping itu, terdapat banyak kajian ahli akademik yang memperincikan cabaran dihadapi negara ketika itu, antaranya penulisan Prof Jomo K. Sundaram, Prof Rajah Rasiah, Prof Cheong Kee Cheok, Dr Mahani Zainal Abidin, serta ramai lagi ahli akademik di peringkat dalam dan luar negara.

Menurut Prof Jomo, krisis kewangan Asia pada tahun 1997/1998 bermula dengan kejatuhan nilai mata wang Baht di Thailand, seterusnya merebak ke negara serantau yang menyumbang kepada krisis mata wang, krisis kewangan dan kelembapan ekonomi yang begitu pantas.

Dalam sebuah kertas kerja berjudul Malaysia’s Pathway Through Financial Crisis, Prof Jomo membahagikan kepada empat fasa utama yang dihadapi Malaysia sepanjang berhadapan dengan krisis kewangan 1997-1998, iaitu (1) Dasar ekonomi pengembangan oleh Tun Dr Mahathir, (1) Dasar fiskal dan monetari yang diketatkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, (3) Dasar mengatasi kelembapan ekonomi yang agak terlambat, dan (4) Dasar kawalan modal dan tambatan nilai Ringgit yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir.

Terdapat perbezaan jelas di antara pendekatan Dr Mahathir dan Anwar bagi menangani krisis kewangan negara, sebagaimana yang disebut oleh Prof Jomo dalam kertas kerja tersebut:

“In early December 1997, with considerable support and encouragement from others, Anwar switched to more pro-cyclical policies, apparently recommended by the IMF, only to exacerbate the downturn. By the second quarter of 1998, however, Anwar turned to reflationary spending policies to stem the downturn, albeit belatedly. Finally, after Anwar was purged in September 1998, Mahathir introduced currency and capital controls to help reflate the economy.”

Naratif yang sering digunakan oleh Dr Mahathir bagi menggambarkan punca krisis tersebut adalah serangan ‘penyangak’ mata wang seperti George Soros, dan keperluan untuk Malaysia mengurus krisis dengan pendekatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pihak luar seperti IMF.

Ini dirakamkan oleh Dr Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House yang menyebut:

“Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai ‘penyelesaian IMF tanpa IMF’. Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana kita tidak banyak berhutang.

Namun, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki.

Hakikatnya ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.”

Dr Mahathir juga menambah: “Saya lebih takut kepada kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah kepada IMF.

Saya tidak sedikit pun yakin terhadap kaedah penyelesaian IMF yang dipaksakan oleh Anwar ke atas negara. Anwar mahu melihat lebihan belanjawan di mana pendapatan mengatasi perbelanjaan, tetapi mustahil boleh dicapai memandangkan kemerosotan kuasa membeli mata wang ringgit.

Kemelesetan ekonomi akan menjadi lebih teruk dan kita mungkin terpaksa menyerahkan kedaulatan ekonomi kita kepada pihak luar.”

Tempoh di antara suku kedua 1997 hingga suku ketiga 1998 menyaksikan pelbagai langkah drastik diambil oleh pihak kerajaan dan Bank Negara bagi memulihkan keadaan, antaranya penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pewujudan dana RM60 bilion untuk menyelamatkan syarikat gergasi negara, pemotongan 18% peruntukan Bajet 1998, kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara, serta pemendekan tempoh hutang lapuk oleh institusi perbankan.

Namun kesemuanya gagal untuk membendung krisis daripada berlarutan. Akhirnya pada 1 September 1998, Malaysia mengumumkan pelaksanaan dasar kawalan modal dan tambatan mata wang Ringgit, sebagai langkah tersendiri bagi menyelesaikan krisis kewangan dan kelembapan ekonomi daripada berlarutan.

Menariknya, sehari selepas pengumuman dasar kawalan bagi menangani krisis kewangan negara, tercetus pula ‘krisis politik’ di antara dua pemimpin negara yang berlarutan untuk sekian lamanya, bermula dengan pemecatan Anwar pada 2 September 1998.

Walaupun krisis kewangan negara telah berjaya dipulihkan dalam tempoh yang singkat, namun krisis politik negara telah memasuki episod panjang yang tidak berkesudahan. Ternyata, politik dan ekonomi adalah elemen yang tidak dapat dipisahkan, dan sukar untuk diselesaikan.

* Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/meninjau-semula-krisis-kewangan-1997-1.892335
 
well what will happen in future..
 
menarik article ni
sapa yg minat bisnes mesti tahu cycle dalam ekonomi camna
 
kiranya di Asia,Hong Kong hebat,tapi dia x bolih leka
 
kiranya di Asia,Hong Kong hebat,tapi dia x bolih leka

hong kong ni memang kuasa ekonomi...tp kena ingat siapa yang wujudkan hong kong sehingga ia wujud sendiri....

china tetap kuasa ekonomi asia skrng...malah sedang mengejar kuasa dunia...


turki juga akan muncul sebagai sebuah negara yang di takuti....

baca hadis akhir zaman....nampak lah ia sedang berlaku sekarang...
 
hong kong ni memang kuasa ekonomi...tp kena ingat siapa yang wujudkan hong kong sehingga ia wujud sendiri....

china tetap kuasa ekonomi asia skrng...malah sedang mengejar kuasa dunia...


turki juga akan muncul sebagai sebuah negara yang di takuti....

baca hadis akhir zaman....nampak lah ia sedang berlaku sekarang...

Harap lepas nie ekonomi malaysia kembali gagah seperti dulu aaammiinnn
 
cycle dlm ekonomi... 1998,2008 dan 2018..tp thn ni tak seteruk 2 kali yg lepas
 
Back
Top
Log in Register