BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis Bekalan Cip Semikonduktor

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,634
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,634
Reaction score
7,745
Points
916
Krisis Bekalan Cip Semikonduktor, Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?;

Sejak pandemik Covid-19 melanda, pemain industri automotif, tidak terkecuali Malaysia, dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor hingga menyebabkan banyak kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu. Menurut Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), jualan semikonduktor peringkat global meningkat 6.5 peratus tahun lalu yang menunjukkan lonjakan permintaan daripada pengeluar kereta dan syarikat teknologi besar.

Ramai masih belum jelas mengenai isu kekurangan bekalan cip semikonduktor dan ada yang menganggap ini cuma masalah dalam negara. Faktanya, apa yang berlaku sudah menjadi krisis bekalan global. Pengeluar kereta diramal mengalami kerugian berbilion dolar akibat kekurangan bekalan cip semikonduktor yang banyak digunakan pada kenderaan baharu masa kini untuk komponen seperti brek, stereng kuasa dan sistem infotainment.

Cip semikonduktor umpama otak kepada semua peralatan elektronik moden. Jadi, kekurangan bekalan itu menimbulkan isu berskala besar kerana jauh daripada jaringan bekalan, sekali gus menjejaskan seluruh proses pengeluaran kenderaan. Syarikat seperti Ford Motor Company dan General Motors (GM) dijangka rugi lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion), dan terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran hingga 20 peratus. Krisis itu juga menjadi penghalang pertama kepada industri kenderaan elektrik (EV) yang sedang meningkat naik.

Antara sebab utama berlaku krisis kekurangan bekalan semikonduktor ialah kesan pandemik Covid-19 yang kemudian mencetuskan beberapa sebab lain seperti di bawah:

  • Penutupan kilang seluruh dunia menyebabkan pengeluaran dibekukan dan stok berkurangan.
  • Permintaan peralatan elektronik meningkat, menyebabkan pengeluar kenderaan dan syarikat elektronik saling bersaing untuk mendapatkan cip yang semakin berkurangan.
  • Pengeluar kereta gagal menjangka skala sebenar permintaan pelanggan pada suku kedua 2020, dan ditambah dengan pengeluaran rendah, maka permintaan cip terus meninggi.
  • Kos silikon juga bertambah berikutan penghasilan besar-besaran vaksin Covid-19. Silikon adalah jenis sama yang digunakan untuk membuat cip dan komputer peribadi.

​

JALAN PENYELESAIAN​

Realitinya, tiada jalan mudah menyelesaikan krisis bekalan semikonduktor. Bagaimanapun, ada perkara yang boleh dipelajari untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. Contohnya, pengeluar seperti Toyota dan Tesla sudah mula menghasilkan cip sendiri, tetapi dijangka perlu memperlahankan pengeluaran tidak lama lagi.

Penghasilkan cip sendiri juga bukan penyelesaian utama kerana masalah kekurangan bekalan berpunca daripada kekurangan bahan mentah. Bagi kebanyakan syarikat, cara terbaik mengharungi krisis berkenaan adalah membina hubungan rapat dengan pembekal dan rakan kongsi.


1624780488969.png

Sumber asal https://pandulaju.com.my/krisis-bek...akah-puncanya-malaysia-sajakah-yang-terkesan/
 
industri elektronik mcam brang2 pc n hp gajet semua pon mesti terkesan juga kan...?
 
untunglah member yg ada stok kaunter semikonduktor, untung gila2 kalau masih hold lagi..
 
TEKNOLOGI | Permintaan Sektor Semikonduktor Kekal Kukuh

Sektor semikonduktor di negara ini terus menerima permintaan kukuh bagi bekalan cip, khususnya di peringkat global.

Penganalisis TA Securities Research, Wilson Loo berkata, peningkatan permintaan terhadap cip yang disokong perkembangan pendigitalan menjadi pemangkin kepada pengukuhan sektor itu.

​
 
Penutupan Kilang Pembuatan Komponen Semikonduktor Di Malaysia, Pasaran Global Hadapi Isu Bekalan

Berkaitan dengan isu bekalan cip global, nampaknya cip pemprosesan bukan satu-satunya jenis cip yang dilihat mempunyai masalah bekalan global yang serius. Komponen semikonduktor lain seperti transistor, kapasitor, perintang dan sebagainya juga dilihat menghadapi masalah yang sama, dan boleh dikatakan lebih serius berbanding dengan masalah cip pemprosesan.

50 peratus daripada bekalan global komponen semikonduktor ini dilihat dibuat dari sejumlah syarikat-syarikat Jepun yang mempunyai kilang-kilang pembuatan di Malaysia dan Indonesia, termasuklah Chemi-Con, Nichicon and Rubycon yang dilihat telah ditutup pada bulan Julai dan Ogos yang lalu, yang menyebabkan terputusnya bekalan pengeluaran komponen-komponen ini yang agak teruk.

Secara lazimnya, permintaan untuk komponen-komponen ini boleh dipenuhi oleh syarikat-syarikat ini dalam masa sekitar enam minggu, tetapi oleh kerana penutupan tersebut, khususnya dalam keadaan hari ini dimana permintaan komponen-komponen ini dilihat sangat diperlukan sekarang, tunggakan permintaan dilihat hanya boleh dipenuhi dalam masa enam bulan akan datang selepas pembukaan semula kilang-kilang ini.

Oleh kerana permintaan dan bekalan yang tidak mencukupi ini, syarikat-syarikat pembuat semikonduktor di Taiwan dan China telah memperlihatkan peningkatan dari segi permintaan, tetapi ia juga dikatakan bahawa pembangun-pembangun peranti masih mahukan komponen-komponen yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat seperti Nichicon dan Rubycon.

Masalah bekalan komponen semikonduktor ini dijangka akan berterusan sehingga tahun hadapan, khususnya apabila syarikat-syarikat ini akan perlu bekerja lebih masa dalam masa terdekat untuk memenuhi permintaan sedia ada untuk komponen semikonduktor premium yang dibangunkan oleh kilang-kilang tempatan ini.

Sumber asal https://www.digitimes.com/news/a20210922PD206.html​
 
AMD Saasar Masalah Kekurangan Cip Mula Reda Pada Tahun 2022

CEO AMD, Lisa Su kini menyasarkan yag mana masalah kekurangan cip akan mula reda pada pertengahan kedua 2022 kelak. Apa pun, pada masa yang sama, beliau turut menekankan yang mana pertengahan pertama 2022 mungkin masih “ketat” untuk pengeluaran cip. Sebelum ini, masalah kekurangan cip berlaku disebabkan oleh pandemik, dan pada masa yang sama disebabkan oleh permintaan yang tinggi.

Perkara ini membawa kepada impak pengeluaran peranti, malah turut memberikan kesan pada industri automotif, peranti berhubung, dan sebagainya. Mengikut sasaran awal, pelbagai kilang pengeluaran yang telah dirancang sejak tahun lepas dijangka akan memulakan operasi dalam beberapa bulan akan datang, sekaligus mengurangkan masalah kekurangan cip ini.

Sumber asal https://www.cnbc.com/2021/09/27/amd-ceo-lisa-su-says-chip-shortage-likely-to-end-next-year.html​
 
Back
Top
Log in Register