Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,633
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,633
- Reaction score
- 7,745
- Points
- 916
Krisis Bekalan Cip Semikonduktor, Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?;
Sejak pandemik Covid-19 melanda, pemain industri automotif, tidak terkecuali Malaysia, dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor hingga menyebabkan banyak kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu. Menurut Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), jualan semikonduktor peringkat global meningkat 6.5 peratus tahun lalu yang menunjukkan lonjakan permintaan daripada pengeluar kereta dan syarikat teknologi besar.
Ramai masih belum jelas mengenai isu kekurangan bekalan cip semikonduktor dan ada yang menganggap ini cuma masalah dalam negara. Faktanya, apa yang berlaku sudah menjadi krisis bekalan global. Pengeluar kereta diramal mengalami kerugian berbilion dolar akibat kekurangan bekalan cip semikonduktor yang banyak digunakan pada kenderaan baharu masa kini untuk komponen seperti brek, stereng kuasa dan sistem infotainment.
Cip semikonduktor umpama otak kepada semua peralatan elektronik moden. Jadi, kekurangan bekalan itu menimbulkan isu berskala besar kerana jauh daripada jaringan bekalan, sekali gus menjejaskan seluruh proses pengeluaran kenderaan. Syarikat seperti Ford Motor Company dan General Motors (GM) dijangka rugi lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion), dan terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran hingga 20 peratus. Krisis itu juga menjadi penghalang pertama kepada industri kenderaan elektrik (EV) yang sedang meningkat naik.
Antara sebab utama berlaku krisis kekurangan bekalan semikonduktor ialah kesan pandemik Covid-19 yang kemudian mencetuskan beberapa sebab lain seperti di bawah:
Penghasilkan cip sendiri juga bukan penyelesaian utama kerana masalah kekurangan bekalan berpunca daripada kekurangan bahan mentah. Bagi kebanyakan syarikat, cara terbaik mengharungi krisis berkenaan adalah membina hubungan rapat dengan pembekal dan rakan kongsi.
Sumber asal https://pandulaju.com.my/krisis-bek...akah-puncanya-malaysia-sajakah-yang-terkesan/
Sejak pandemik Covid-19 melanda, pemain industri automotif, tidak terkecuali Malaysia, dihimpit masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor hingga menyebabkan banyak kilang terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu. Menurut Persatuan Industri Semikonduktor (SIA), jualan semikonduktor peringkat global meningkat 6.5 peratus tahun lalu yang menunjukkan lonjakan permintaan daripada pengeluar kereta dan syarikat teknologi besar.
Ramai masih belum jelas mengenai isu kekurangan bekalan cip semikonduktor dan ada yang menganggap ini cuma masalah dalam negara. Faktanya, apa yang berlaku sudah menjadi krisis bekalan global. Pengeluar kereta diramal mengalami kerugian berbilion dolar akibat kekurangan bekalan cip semikonduktor yang banyak digunakan pada kenderaan baharu masa kini untuk komponen seperti brek, stereng kuasa dan sistem infotainment.
Cip semikonduktor umpama otak kepada semua peralatan elektronik moden. Jadi, kekurangan bekalan itu menimbulkan isu berskala besar kerana jauh daripada jaringan bekalan, sekali gus menjejaskan seluruh proses pengeluaran kenderaan. Syarikat seperti Ford Motor Company dan General Motors (GM) dijangka rugi lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion), dan terpaksa mengurangkan kapasiti pengeluaran hingga 20 peratus. Krisis itu juga menjadi penghalang pertama kepada industri kenderaan elektrik (EV) yang sedang meningkat naik.
Antara sebab utama berlaku krisis kekurangan bekalan semikonduktor ialah kesan pandemik Covid-19 yang kemudian mencetuskan beberapa sebab lain seperti di bawah:
- Penutupan kilang seluruh dunia menyebabkan pengeluaran dibekukan dan stok berkurangan.
- Permintaan peralatan elektronik meningkat, menyebabkan pengeluar kenderaan dan syarikat elektronik saling bersaing untuk mendapatkan cip yang semakin berkurangan.
- Pengeluar kereta gagal menjangka skala sebenar permintaan pelanggan pada suku kedua 2020, dan ditambah dengan pengeluaran rendah, maka permintaan cip terus meninggi.
- Kos silikon juga bertambah berikutan penghasilan besar-besaran vaksin Covid-19. Silikon adalah jenis sama yang digunakan untuk membuat cip dan komputer peribadi.
JALAN PENYELESAIAN
Realitinya, tiada jalan mudah menyelesaikan krisis bekalan semikonduktor. Bagaimanapun, ada perkara yang boleh dipelajari untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. Contohnya, pengeluar seperti Toyota dan Tesla sudah mula menghasilkan cip sendiri, tetapi dijangka perlu memperlahankan pengeluaran tidak lama lagi.Penghasilkan cip sendiri juga bukan penyelesaian utama kerana masalah kekurangan bekalan berpunca daripada kekurangan bahan mentah. Bagi kebanyakan syarikat, cara terbaik mengharungi krisis berkenaan adalah membina hubungan rapat dengan pembekal dan rakan kongsi.