BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Komited Selesai Isu Tertangguh Sekolah Tamil - Wong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
480c8fb4b8dba092dc41af95c07cead66937fbe3c87ae

5dc08f3de741f392dc32fb102dbc49d96937fbf818c3e

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (empat, kiri) menerima sumbangan sebanyak RM5 juta daripada Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Prabagaran Ganapathy (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di SJKT Vivekananda Brickfields hari ini. Turut sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tiga, kiri) dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (tiga, kanan).
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Pendidikan (KPM) memberi komitmen tinggi untuk menyelesaikan pelbagai isu tertangguh termasuk membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata sejak dua tahun kebelakangan ini, KPM menumpukan usaha menyelesaikan satu demi satu isu yang telah berlanjutan sekian lama termasuk projek pembinaan baharu dan penambahbaikan infrastruktur SJKT.

Beliau berkata antara keutamaan semasa ialah menyelesaikan pembinaan SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang yang lama tertangguh kerana isu tanah dan hutang, bagi membolehkan tender pembinaan sekolah itu dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Dana bagi projek berkenaan telah pun disediakan dan KPM kini memberi tumpuan menyelesaikan proses yang masih berjalan sebelum kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya selepas Majlis Peluncuran Penyerahan Smart Board bagi SJKT di SJKT Vivekananda, Brickfields di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Wong berkata bagi SJKT Ladang Jeram di Kuantan, Pahang, kelulusan lokasi sekolah berkenaan telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026, dengan pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan menerusi Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

SJKT Ladang Jeram pada asalnya dibina menggunakan kayu pada 1952 oleh Jeram Estate Sdn Bhd sebelum dirobohkan selepas dijual untuk projek pembangunan perumahan sekitar 1990-an.

Murid dilaporkan menghadiri pembelajaran di kabin sementara bangunan baharu dibina, namun belum siap dibina sehingga sekarang.

Wong berkata komitmen berterusan KPM turut membolehkan beberapa isu lama telah diselesaikan sejak tahun lepas termasuk melibatkan SJKT Ladang Sagga di Rantau, Negeri Sembilan dan SJKT Ladang Sungai Reyla di Sungai Siput, Perak.

 
Back
Top
Log in Register