kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
KPKT Cadang Pemenang Anugerah Pekerja Pembersihan 2026 Dicalon Terima Pingat Kebaktian
--kredit Aiman Athirah Sabu
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mencalonkan pemenang Anugerah Pekerja Pembersihan 2026 untuk menerima pingat kebaktian daripada pihak istana sebagai mengiktiraf jasa serta pengorbanan mereka dalam memastikan kebersihan awam.
Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata cadangan itu susulan perbincangan beliau dengan Ketua Setiausaha Kementerian KPKT Datuk Dr Wira M Noor Azman Taib bagi memastikan penerima anugerah pekerja pembersihan tahun ini turut mendapat pengiktirafan sewajarnya.
"Pemenang anugerah pekerja pembersihan negara tahun ini akan kita senaraikan dan dicalonkan kepada pihak istana untuk menerima pingat kebaktian daripada Tuan Yang Terutama atau negeri masing-masing," katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi Hari Pekerja Pembersihan 2026 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu.
Nga juga berkata amalan memberikan penghormatan kepada wira pembersihan negara telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang hampir 10 tahun.
"Bagi saya, sudah tiba masanya wira-wira pembersihan negara kita di negeri lain turut diberikan pengiktirafan dan juga penghormatan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata pengiktirafan itu penting kerana sektor pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam Malaysia kini disokong oleh 26,889 warga kerja di bawah syarikat konsesi, dan ramai dalam kalangan mereka telah menabur bakti melebihi sedekad.
Nga berkata pekerja pembersihan memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran negara kekal bersih, selamat dan selesa untuk rakyat walaupun tugas mereka sering dilakukan di belakang tabir.
Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan negara bukan hanya terletak pada pekerja pembersihan sebaliknya adalah tanggungjawab setiap rakyat, dan sikap tidak membuang sampah perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat bagi memastikan aspirasi Malaysia Bersih, Rakyat Sejahtera dapat direalisasikan.