BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDNKK keluar 53 notis

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Md Nawawi (duduk, tiga kiri) bergambar dengan pegawai di Pusat Aduan Bergerak KPDNKK di Mydin Wholesale Hypermarket Gong Badak, semalam.​

KUALA NERUS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu telah mengeluarkan 53 notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di seluruh negeri ini.

Ketua Seksyen (Penguatkuasaan) Md Nawani Ab Rahman berkata, kebanyakan kes yang direkodkan sejak 7 April sehingga 14 Mei lalu berkait dengan perniagaan makanan dan gas.

"Berdasarkan aduan dan langkah susulan yang kita ambil sehingga kepada tindakan mengeluarkan notis, kita dapati banyak aduan daripada perniagaan yang berhubung dengan makanan, di mana ada yang tidak mempamerkan harga serta harga yang dikenakan tidak masuk akal.

"Malah, kita juga sedang dalam proses untuk membawa kes (di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011) ke mahkamah sebaik siasatan dan laporan disiapkan oleh pegawai kita," katanya.


Kata beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan termasuk meletakkan harga sewenang-wenangnya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Aduan Bergerak KPDNKK di Mydin Wholesale Hypermarket Gong Badak, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Terengganu, Kamaruddin Daud dan Pegawai Wilayah 6 Bank Rakyat, Mohd Tarmizi Mohd Nor.

Menurut Md Nawawi lagi, bagi memudahkan masyarakat membuat aduan, KPDNKK dengan kerjasama SSM dan Bank Rakyat mengambil inisiatif membuka pusat aduan bergerak di beberapa lokasi tumpuan ramai.

"Usaha yang kita lakukan ini selaras dengan kerajaan untuk memudahkan rakyat dan dalam masa yang sama jabatan atau agensi turun padang untuk memberi penerangan lebih jelas kepada masyarakat.

"Peluang ini seharusnya digunakan masyarakat untuk salurkan maklumat atau aduan berkait kepenggunaan bagi membolehkan kita mengambil tindakan terhadap mana-mana perniagaan yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register