BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPDN Kelantan Sita Lebih 8 Tan Minyak Masak Paket Bersubsidi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
36bf2146694bd1fff9cb16b75bac7be2694928eb3be5a

Azman Ismail

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita lebih lapan tan minyak masak paket bersubsidi menerusi satu operasi bersepadu di Kampung Bunohan, Tumpat semalam.

Pengarahnya Azman Ismail berkata operasi itu yang dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor pada 2.57 petang mendapati sebuah lori jenis Isuzu dengan nombor pendaftaran tempatan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata pasukannya telah mengekori lori berkenaan dan semasa serbuan dilakukan pemandu bersama dua individu yang dipercayai sebagai kelindan telah bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit menemukan kira-kira 450 kotak berisi minyak masak paket bersubsidi berjenama yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Pihak KPDN telah menyita lori Isuzu berkenaan bernilai RM45,000 bersama muatan minyak masak bersubsidi berjumlah keseluruhan 8,330 kilogram dengan nilai RM20,825, menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM65,825,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

“Usaha mengesan suspek dilakukan hampir dua jam di sekitar lokasi kejadian namun kesemua individu terbabit gagal dikesan dan tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik kenderaan serta barangan berkenaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register