BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos sara hidup masih rendah

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
image.jpg

Mohamad Zahir ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang mengikuti Program Berkhatan Perdana 2016


KAMUNTING – Bandar Taiping dan Kamunting antara kawasan yang mempunyai kos sara hidup rendah jika dibandingkan dengan beberapa daerah lain di negeri ini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, dakwaan mengatakan kos sara hidup di kawasan itu lebih tinggi dari kawasan Ipoh mungkin hanya andaian semata-mata.

Menurutnya, beberapa perkara juga harus dilihat sama ada perbandingan kos sara hidup itu dibuat antara Taiping dengan Manjoi atau Bukit Jana Kamunting dengan Chemor.

"Secara spesifiknya perkara ini agak sukar (untuk ditentukan) kerana sehingga kini belum ada kajian menyeluruh yang mengesahkan bahawa kos sara hidup di Taiping dan Kamunting lebih mahal berbanding di kawasan lain seperti Ipoh,” katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan lawatan ke Program Berkhatan Perdana 2016, di Surau Al-Abrar, di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Zahir berkata, Taiping dan Kamunting antara kawasan yang masih mempunyai kos sara hidup rendah.

"Jika kita lihat dari segi harga rumah, kadar sewaan rumah masih pada kadar yang rendah jika dibandingkan dengan Ipoh. Namun dari aspek makanan, mungkin ada sesetengah tempat mengenakan kadar bayaran yang mahal.

"Perbezaan harga itu mungkin disebabkan oleh keistimewaan yang ada dan makanan yang dihidangkan sememangnya sedap," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini kawasan Taiping dan Kamunting masih lagi menjadi pilihan majoriti masyarakat kerana walaupun mereka bekerja di luar tetapi memilih untuk menetap di sini.

"Hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat di sini yang bekerja di Ipoh, Kulim dan Pulau Pinang tetapi menetap di sekitar Taiping dan Kamunting.

"Keadaan tersebut juga jelas menunjukkan bahawa kos sara hidup di kawasan Taiping dan Kamunting masih rendah jika hendak dibandingkan dengan beberapa kawasan lain di negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohammad Zahir sempat meluangkan masa melawat anak-anak yang menyertai Program Berkhatan Perdana 2016 anjuran Pusat Khidmat Dun Kamunting bersama Umno Bahagian Taiping dengan kerjasama JKKK Kampung Jana dan Surau Al-Abrar.

Pada majlis tersebut seramai 110 kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun berjaya hadir dan dikhatankan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Taiping, Datuk Shahril Azmir Ahmad Sahffie.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kos-sara-hidup-masih-rendah-1.597026
 
bsunat pun dapat sijil

dh bole masuk frame gantung kt dinding. jgn sok hntr resume ko masukkn sekali sudah
 
bsunat pun dapat sijil

dh bole masuk frame gantung kt dinding. jgn sok hntr resume ko masukkn sekali sudah

tu la pasal...siap sijil...

bersangka baik,nnt da besar ade org tanya boleh tunjuk sijil je..
xyah kluarkan anu...:D
 
tu la pasal...siap sijil...

bersangka baik,nnt da besar ade org tanya boleh tunjuk sijil je..
xyah kluarkan anu...:D

macam citer indon lama dulu.. tajuk "Kiamat sudah dekat"... bab bakal pak mertua tanya dah khatan ke belum, siap nengok dlm suar dah sunat ke tidak...
 
Gaji 2500
Duduk tgh Bandar
Makan pagi rm5, mkn tghari rm10, Malam ikat perut = 300
Tambang pergi keje balik keje hari2 rm10 = 200
Duit sewa rumah 500
Duit Susu dan pampers anak 500
Upah pengasuh 500

Kat sini je dah 2000
Tinggal 500, mane nak balik kampung tgok anak,
Memg kene buat keje lain,
 
kalau ada org kat kamunting dengan Taiping ni merungut kos hidup tinggi, maksudnya rungutan tu boleh diabaikan la ye sebab dah keluar kenyataan rasmi mcm ni...
 
Back
Top
Log in Register