BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kos perubatan RM1 bilion setahun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Subramaniam berbual dengan pesakit di HPP dalam lawatan rasminya semalam.​

GEORGETOWN - Kerajaan pusat membelanjakan RM1 bilion setahun bagi perbelanjaan perubatan termasuk kos ubat dan yuran perkhidmatan doktor untuk rakyat di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jumlah itu bersamaan dengan keseluruhan bajet yang dikeluarkan Kerajaan Pulau Pinang untuk tempoh yang sama bagi menguruskan negeri ini.

"Di Pulau Pinang, kerajaan membelanjakan RM1 bilion setahun hanya untuk perkhidmatan kesihatan. Jumlah itu bersamaan dengan keseluruhan bajet tahunan Kerajaan Pulau Pinang untuk menguruskan negeri ini sedangkan bajet yang diberikan hanya untuk satu perkhidmatan sahaja iaitu perbelanjaan perubatan.

"Hospital Pulau Pinang (HPP) sahaja terima RM400 juta setahun. Sebagai contoh, bagi seorang pesakit luar, untuk sebulan, purata yang ditanggung kerajaan adalah RM100 (tanpa keuntungan).

Jika pesakit pergi ke klinik swasta, mereka perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 sebulan hanya untuk kos ubat.

Itu belum termasuk yuran perkhidmatan doktor dan sebagainya. Jika dicampur, purata seorang pesakit, kerajaan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam tempoh sebulan. Itu baru satu jabatan, belum lagi dicampurkan dengan jabatan lain," katanya selepas membuat lawatan rasmi di HPP semalam.

Menurutnya, walaupun kerajaan membelanjakan wang yang banyak, rakyat masih tidak menghargai usaha berkenaan.

"Apa yang menyedihkan, kerajaan tidak dapat penghargaan dari pesakit. Perkhidmatan yang diberi tidak dihargai kerana mereka anggap percuma itu tidak mempunyai nilai.

"Selepas ini, setiap ubat yang dikeluarkan farmasi hospital kerajaan akan disertakan harga ubat supaya pesakit tahu harga ubat yang diberikan kepada mereka. Kos ini semua ditanggung kerajaan, tidak ada yang percuma, cuma rakyat tidak perlu bayar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam mengesahkan bangunan baharu untuk pesakit luar akan siap hujung tahun ini.

Menurutnya, selain bangunan itu, sebuah bangunan baharu empat tingkat untuk sakit puan dan kanak-kanak juga akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

"Ada dua projek akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat iaitu blok wanita dan kanak-kanak. Bangunan sedia ada sudah diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana ia berusia lebih dari 100 tahun. Bangunan baru ini melibatkan kos RM250 juta yang mempunyai kemudahan rawatan untuk pesakit sakit puan dan kanak-kanak.

"Selain itu, semua perkhidmatan pesakit luar akan dipindahkan ke sebuah bangunan baharu yang terletak di Jalan Sepoy Lane (berdekatan dengan HPP).

Tujuan kita pisahkan perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan kesesakan pesakit," katanya.
 
Back
Top
Log in Register