BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korea Selatan adakan mesyuarat tergempar susulan pelancaran peluru berpandu Korea Utara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3495766.webp

Korea Utara melancarkan peluru berpandu dari kawasan Sinpho kira-kira 6.10 pagi Ahad . - Agensi

SEOUL - Pejabat Keselamatan Negara Korea Selatan dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada Ahad selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik ke arah Laut Timur, lapor Agensi Berita Yonhap.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu dari kawasan Sinpho kira-kira 6.10 pagi Ahad, menurut Ketua Turus Bersama (JCS).

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Kim Hyun-jong dan dihadiri pegawai daripada kementerian pertahanan serta agensi berkaitan lain bagi menganalisis dan menilai pelancaran terbaharu peluru berpandu Korea Utara, menurut jurucakap presiden Kang Yu-jung.

Korea Utara kali terakhir melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat pada 8 April.

 
Back
Top
Log in Register