erroneous
Active Member
- Messages
- 1,436
- Joined
- Sep 7, 2009
- Messages
- 1,436
- Reaction score
- 110
- Points
- 33
Camner nak dapat sumbangan dana untuk Pembinaan Sekolah Tahfiz
Aku nak terangkan serba sedikit mengenai Sekolah Tahfiz ini. Nama Sekolah Tahfiz ini ialah Sekolah Tahfiz Assaf yang mana sekarang ini sekolah ini bertapak di sebuah rumah teres di belakang stesen bas Kuala Selangor. Sebelum ini sewa rumah tersebut hanya RM2,500.00 tetapi sewa tersebut telah dinaikkan sebanyak RM3,500.00 dan ini amat membebankan kepada pihak sekolah untuk menanggung kenaikan ini memandangkan kewangan mereka yang amat terhad dan bayaran bil air dan elektrik juga semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana keuntungan menjadi matlamat tuan rumah.
Disebabkan rasa ingin membantu pelajar pelajar tahfiz tersebut, ayah mertua aku telah dengan ikhlasnya menyumbangkan atau mewakafkan sebahagian tanah beliau di Parit Mahang di penghujung lebuhraya LATAR untuk pembinaan sekolah Tahfiz ini dengan harapan agar pelajar-pelajar tahfiz ini dapat menghayati pelajaran mereka dengan lebih aman dan tenteram.
Tempat ini terletak agak jauh daripada jalan besar dan yang paling berharga ialah tapak sekolah yang baru ini berhadapan dengan Masjid Parit Mahang. Penduduk kampung ini juga boleh dikatakan kesemuanya beragama Islam dan aku percaya dengan kehidupan bermasyarakat yang diamalkan oleh penduduk kampung ini dapat di manfaatkan oleh pelajar pelajar Tahfiz ini untuk berdakwah dengan berkesan lagi.
Walaupun tanah telah disumbangkan setelah sekian lama oleh ayah mertua aku sejak dua tahun yang lepas namun pembinaan sekolah tersebut masih tidak dapat dilakukan kerana mereka tiada sumber kewangan untuk pembinaan sekolah Tahfiz yang baru.
Dengan inisiatif aku ni, aku nak tanya camner dorank nak mencapai impian yang telah tertangguh sekian lama.
Ikutkan keluarga aku takyah buat ape2 pun tp bila dah lama sangat dah jadik kesian plak.... takat ni cuma tanah dah rata, harap harap korang dapat kasik jalan kut kut yang dah ada pengalaman, bg arr tips skit