BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Korang rasa buat app Android tu senang ek?

nanti aku jumpa dia, aku cuba tanya, bulan lepas balik kg ada jumpa dia, ada borak2 pasal ni... skrang dia dah sibuk plak. nanti nak cuba on9 dgn dia.


wow....klu ade nota2 tu kasi share la...leh gak menimba ilmu...
 
nanti aku jumpa dia, aku cuba tanya, bulan lepas balik kg ada jumpa dia, ada borak2 pasal ni... skrang dia dah sibuk plak. nanti nak cuba on9 dgn dia.

orait bro...nnt leh study same2 then create something berguna utk semua org...aku mmg minat bab2 camni...
 
mabuk tang mana tu tt?
boleh bg link katne nak study mende2 ni?
dah google dah...byk sgt la plak..dah la payah nak paham...:(

Dah cuba tgk dokumen android tak? http://developer.android.com/guide/index.html

Mabuk nak fahamkan nape byk sgt folder, byk sgt xml. Apa itu activity, bundle, intent, broadcastreceiver, appwidget, androidmanifest.

Development lain pun ada guna XML tp tak seserabut Android SDK. Dalam Qt sgt mudah nak buat terjemahan. Hanya gunakan tr() bila gunakan String. Dlm android kena letak String dlm XML pastu kena rujuk dari Java ke String tu dengan ID mcm R.string.nama_id_string kalau nak rujuk String dari View plak kena guna @string/nama_id_string ...

Aku sndri takleh spesifik apa website nak bljr Android. Sumpah, aku sndiri kena refer byk website psl ada benda tu tak cover dlm website ni ada kat website lain. Dokumen Android pun tak byk membantu.

Dlm Qt juga, dia namakan class dgn prefix Q. Jd kalu nak guna string dari Qt. Boleh panggil QString. Nak guna process panggil QProcess. Benda ni nmpk simple je. Tp sgt mudah utk aku panggil mana satu kelas Qt, mana satu C++ mana satu aku pnya class.

Memandangkan aku byk guna Linux (spesifik Ubuntu). Jd takde masalah sgt nak faham sistem Linux. Tp Android bukanlah Linux kalau ikutnya. Ia pecahan Linux (byk benda dlm Linux dibuang) pastu gunakan Dalvik utk VM. Byk tools Linux yang takde dlm Android mcm cron.
 
owh...patut la aku rase cam susah nak paham & mmg xleh nak paham...sbb sebelum ni ade gak tgk2 website yang aku google...mmg lain2...

dalam android mmg byk bende tu semua...thats why la nak cari web yang leh tnjuk 1 per 1 complete step...fuh...berpinar mate...

aku paham sikit2 ape yang ko maksudkan tu pemimpin...sbb aku pun pengguna ubuntu gak...
 
haha aku ingat aku sorang jer pening. TT pon pening gak. ader geng pening.
 
aku tak start2 lagi utk FYP ni.. aku yg gatai pilih nak develop apps utk android.. siap ada pattern recognition lagi.. huhuhuhuh... bila la mood rajin nk datang.. ebook + buku dh berlambak aku beli dan save.. tapi xstart2... huhuhu..
 
Walaupun size apps Android 100kb, nak buat die ghupenye..banyak kerumitan ye TT..
 
Agak byk gak le. Contoh kita ada butang "OK" dengan "Cancel". Macamana nak setkan butang ni ada tulisan OK.

Dlm Qt:

Code:
ui->OkButton->setText(tr("OK"));

-- Butang ini akan tertera perkataan OK.
-- Malah korang boleh terjemahkan perkataan OK ke sebarapa byk bahasa yang mahu.
-- Wow! Hanya satu baris.

Yang ni plak dalam Android.

Code:
Button OkButton = (Button) findViewByID (R.id.okButton);
OkButton.setText("OK");

-- button ini akan tertera perkataan OK.
-- tapi tak leh terjemah ke bahasa lain.
-- akan bagi warning supaya pindahkan perkataan OK ke dalam strings.xml. Kalau tak mahu masukkan dlm strings.xml pun takpe (takde masalah). Tp akan keluar ikon warning kat Eclipse.
-- Wow! dalam dua baris dan kena buat letak string dlm XML.
-- WTF!

Jadi utk jadikan ia universal dalam Android kena tulis mcm ni:

Code:
Button OkButton = (Button) findViewByID (R.id.okButton);
OkButton.setText(R.string.id_string);
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register