BTC USD 81,768.4 Gold USD 4,170.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

korang ikut hadis nabi?

kenchanadewi

Banned
Messages
224
Joined
Mar 5, 2010
Messages
224
Reaction score
2
Points
15
Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Sahih Sunan Tirmizi, no hadis: 165

rujuk, Mukhtasar Kitab Al-Kabair, disemak oleh Dr Abdurrahman al-Salih al-Mahmud, Professor Aqidah, Universiti Islam Muhammad bin Saud, cetakan, Darul Ibn Mubarak, al-Khobar, Arab Saudi. mukasurat, 58
 
duk dlm section politic tuuu ... ni mesti kes benggang ...:D

apa2 pon thanks for the hadith ...:)cgrock
 
sama-sama beringat la weh. Hadis ni relevan untuk semua Ummat nabi saw.
 
Sabda Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim, No.70 :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksud: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman.

Ada rasulullah suruh dok diam2???

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman yang kelak (boleh) mengakibatkan kamu disambar api neraka dan sesekali kamu tidak mempunyai penolong pun melainkan Allah s.w.t (maka sekiranya kamu zalim) kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [11:113]

Terlalu banyak kezaliman UMNO, apa kamu masih cenderung kepada mereka???

Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang, melainkan oleh orang-orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [4:148]

Imam Fakhruddin ar-Razi berkata, “Allah s.w.t tidak suka makian melainkan kepada mereka yang jika tidak dilakukan demikian akan mengakibatkan keburukan (mudharat) yang lebih besar. Ketika itu, hukum makian itu diharuskan.

Ar-Razi menafsir demikian dengan suatu hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sebutlah apa-apapun terhadap orang-orang fasiq supaya manusia berhati-hati terhadapnya…”

Tidak cukup dengan itu, al-Razi menegaskan bahawa mencela kezaliman Sang Penzalim tidak termasuk di bawah ketegori mengumpat (al-Ghibah) [at-Tafsir al-Kabir, jilid 5, h. 424]

Salahkah aku berpegang kepada diatas???

Jgn pula dok hebahkan bini dia tu gelap, tempang, berkudis etc... itu memang mendedahkan keaiban sesama insan....
 
Last edited:

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik

Apa maksud nabi peddangnya dihayunkan kepada orang2 kafir dan munafik..???#:-S
 
Sabda Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim, No.70 :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksud: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman.

jika tidak mampu , maka dengan hatinya...Demikian adalah selemah-lemah iman..

Ada baiknya juga , sebab kalau LEBIH-LEBIH .. MASUK ISA! mampu ?...
 
Sabda Rasulullah s.a.w dalam Sahih Muslim, No.70 :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksud: “Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Demikian adalah selemah-lemah iman.

Ada rasulullah suruh dok diam2???

Firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang melakukan kezaliman yang kelak (boleh) mengakibatkan kamu disambar api neraka dan sesekali kamu tidak mempunyai penolong pun melainkan Allah s.w.t (maka sekiranya kamu zalim) kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [11:113]

Terlalu banyak kezaliman UMNO, apa kamu masih cenderung kepada mereka???

Firman Allah yang lain, yang bermaksud:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang, melainkan oleh orang-orang yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [4:148]

Imam Fakhruddin ar-Razi berkata, “Allah s.w.t tidak suka makian melainkan kepada mereka yang jika tidak dilakukan demikian akan mengakibatkan keburukan (mudharat) yang lebih besar. Ketika itu, hukum makian itu diharuskan.

Ar-Razi menafsir demikian dengan suatu hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sebutlah apa-apapun terhadap orang-orang fasiq supaya manusia berhati-hati terhadapnya…”

Tidak cukup dengan itu, al-Razi menegaskan bahawa mencela kezaliman Sang Penzalim tidak termasuk di bawah ketegori mengumpat (al-Ghibah) [at-Tafsir al-Kabir, jilid 5, h. 424]

Salahkah aku berpegang kepada diatas???

Jgn pula dok hebahkan bini dia tu gelap, tempang, berkudis etc... itu memang mendedahkan keaiban sesama insan....

nak tegur takpe, cuma jangan mengumpat
 
saya selalu melihat rumah sebelah yang kotor dan buruk. ini kerana boleh jadi apa yang saya lihat itu sebenarnya bukanlah kerana kotornya rumah sebelah tetapi tingkap dan kaca rumah saya sendiri yang tidak pernah dibersihkan sehingga membuatkan saya menyangka kekotoran itu milik orang lain sedangkan ianya adalah daripada sikap dan perbuatan saya sendiri.

Estagfirullah...
 
Elok thread ni terus kat section politik. Mana boleh islam dipisah-pisahkan.

Kalau bab islam berkaitan ada kaitan dgn politik, biarlah kat situ.
Kalau ada hadis pasal FOREX/Fixed Deposit/Movies, TV, Music dll , biarlah bincang kat FOREX/Fixed Deposit/Movies, TV, Music dll.

Satu lagi, Islam bukan hanya di masjid atau di surau je.
 
Back
Top
Log in Register