sepi tanpa berita..koperasi wahida dijadikan alat untuk menampung kerugian alwahida marketing dan HPA..bila ditanya kepada pengerusi KOWAHIDA ke mana duit 26 juta menghilang dia hanya mampu jawab..."iiihh..payah nak cakap.."
Pernah jumpa pengerusi kowahida awal tahun lepas.dia bagi tau Hj Mail belanja banyak utk beli bangunan dan utk pengubahsuaian utk bagi imej hpa naik.masalah sampai habis modal utk kilangkan produk dan bayar gaji pekerja
Dia ada beritahu di orang terpaksa bagi pinjam duit utk selamatkan upaya hpa dengan pastikan kilang terus beroperasi dan gaji pekerja dibayar. Berapa jumlah dipinjamkan saya tak diberitahu...
Lepas tu kopi radix dah keluar balik dan kita orang kena beli cash minimum 25 ribu sachet sekali order.la ni dah ok balik dan makin stabil...produk hpa lain belum stabil. Pasal kedai ayam radixfc banyak bungkus ni biasalah, mana boleh Harap ahli saja beli tak cukup. Hpa kena buat marketing utk kempen bukan ahli beli...tapi duit dah x Ada, nak buat marketing apa nye..kesian tengok franchisee yg banyak bungkus kat merata tempat..
Pasal duit yg dipinjam tu kena tanya Hj Mail bila nak bayar balik sepenuhnya.Pihak pengurusan kowahida dalam mesyuarat dah putuskan Hj Mail kena bayar Balik rm400 ribu sebulan dalam bentuk tunai dan barang.
Makna kalau dia bayar balik pun.setahun cuma dapat rm4.8 juta.kalau betul pinjam rm26 juta, makna 6 tahun juga la baru dapat balik sepenuhnya...itu pun kalau dia bayar cantik...
Saya dah jadi ahli hpa dah lebih 20 tahun (sejak umur 18) di Perlis .pernah jumpa Hj Mail dan bekalkan pegaga kpd hpa utk jus pegaga.saya rasa dia akan bayar balik sebab saudara dan kawan2 beliau pun banyak masuk saham kowahida..dia kena jaga maruah beliau dan kebajikan pekerja beliau.