BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad (B-6-0670)

Status
Not open for further replies.
Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua ahli yang telah membuat pra-pendaftaran dengan KuEmas, terima kasih atas sokongan anda dalam proses penubuhan dan pelancaran koperasi ini.

Untuk pengetahuan semua ahli, KuEmas telah berjaya di daftarkan secara rasmi pada 30hb Jun 2009 dengan no pendaftaran B-6-0670. KuEmas dalam proses menyediakan pejabat serta kelengkapan awal dan terkini ialah menyediakan akaun bank untuk memudahkan urusan pembayaran yuran dan syer.

Berikut ialah no akaun KuEmas : 564810005571 (Maybank Islamic Bhd)

Pembayaran yuran dan syer boleh mula di bayar mulai 3hb September 2009. Jumlah yuran dan syer boleh merujuk pada http://www.kuemas.com.my/daftar_ahli.php

Sila scan dan emailkan bukti pembayaran kepada [email protected] dan simpan bukti pembayaran untuk rujukan. Kerjasama semua amat di hargai.

Nota:

* Bagi ahli yang telah membuat pembayaran penuh, KuEmas akan hubungi untuk pengesahan.
* Bagi ahli yang membuat sebahagian dari pembayaran, sila buat pembayaran lengkap.
* Bagi ahli yang membuat bayaran menggunakan dinar, KuEmas akan hubungi untuk pengesahan

Sebarang pertanyaan berhubung perkara pendaftaran baru sila hubungi 012-2776294 (Rizal).
Sekian untuk makluman.

Terima Kasih.


Menjalankan Tugas,

KuEmas
http://www.kuemas.com.my
 
mcm nak join tp riso la plk takut jd mcm KUMB.koperasi gak tu tp scam duit org.
 
mcm nak join tp riso la plk takut jd mcm KUMB.koperasi gak tu tp scam duit org.

APA GUNANYA YANG NI.......
KALAU TAK CAYA CUBA CALL SKM.....APA JAWABNYA...

Akta Koperasi 1993 dan mana-mana undang-undang bertulis yang di bawah bidang
kuasa SKM. Kuasa yang diberikan membolehkan pengawalseliaan yang berkesan, cekap dan
pantas ke atas koperasi atau mana-mana orang yang melanggar undang-undang koperasi.
Selanjutnya, rang undang-undang juga mengadakan kuasa bagi SKM untuk
mengkompaun dan mendakwa kesalahan. Di bawah Seksyen 45, SKM boleh melantik pegawai-
pegawai penyiasat dan diberi kuasa masuk, menggeledah dan menyita di bawah Seksyen 46
Akta SKM

LIHAT NI....

Ketiga, meningkatkan kuasa pengawalseliaan ke atas koperasi. SKM diberi kuasa
pengawalseliaan ke atas koperasi-koperasi bagi menjadikan ia lebih efisien dan berdaya saing
dengan sektor kewangan yang lain. Justeru peruntukan yang dicadangkan adalah seperti
berikut:
(i)
kuasa bagi SKM untuk memantau penubuhan subsidiari koperasi dan
pergerakan wang atau aset dalam apa-apa bentuk daripada koperasi
kepada subsidiarinya;
(ii)
koperasi dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada
SKM sebelum membuka cawangannya sama ada dalam atau di luar
Malaysia;
(iii)
SKM diberi kuasa untuk menyekat pinjaman koperasi daripada bukan
anggota kecuali apabila kebenaran diberikan melalui arahan atau garis
panduan;
(iv)
tiap-tiap Koperasi dikehendaki untuk menyelenggara kumpulan wang
rizab statutori sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada
untung bersih terauditnya bagi tiap-tiap tahun selepas peruntukan yang
wajar telah dibuat untuk cukai;
(v)
kuasa koperasi untuk membuat pelaburan bagi kumpulan wangnya
dalam bon dan debenture mana-mana koperasi, cagaran dalam mana-
mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang berdaftar
di Malaysia.
Keempat, meningkatkan peruntukan penalti atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan di
bawah rang undang-undang. Hukuman kesalahan di bawah Akta Koperasi 1993 dinaikkan
menurut berat kesalahan. Hukuman denda diperuntukkan di antara RM100 ribu ke RM5 juta.
Hukuman penjara bagi tempoh 6 bulan hingga 5 tahun dan hukuman denda harian ditingkatkan
di antara RM100 sehingga RM5 ribu.
Pelanggaran kesalahan akan dikenakan bukan sahaja kepada koperasi, tetapi juga
anggota lembaga, pengerusi, setiausaha, bendahari dan juga pegawai koperasi berkenaan.
 
insyaAllah berjalan dgn lancar...buat masa ni dapat sokngan dari sahabat2 gak....golongan perintis
 
join jgn tak join, saya mesti pilih, insyaallah.
 
MERIAHKANLAH FORUM KOPERASI YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NI.......

KALAU SAPA NAK TAHU PASAL KOPEDIK YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAH TAK ADA KAT SINI......KENA HANTAR KAT SINI.......

kopedik.com.my Suspicious Business/Scheme Activities.
 
apa beza etika emas dgn yang ini.
 
Last edited:
ape citer koperasi emas skrg?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register