combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-59 di Wisma Perwira ATM hari ini.
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan agihan dividen 7.1 peratus kepada 155,678 anggotanya membabitkan pembayaran berjumlah RM125.3 juta, susulan prestasi cemerlang yang dicapai pada tahun kewangan lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pencapaian itu, membuktikan keupayaan Koperasi Tentera sebagai antara koperasi paling kukuh di negara ini, berlandaskan sokongan penuh anggotanya dan amalan pengurusan berasaskan prinsip koperasi.
Beliau berkata Koperasi Tentera, terus mengekalkan status sebagai koperasi premier dengan aset melebihi RM3 bilion, menjadikannya antara institusi koperasi paling berjaya di Malaysia.
“Dalam negara ada 15,000 koperasi dan daripada jumlah itu hanya 15 layak sebagai koperasi premium dengan Koperasi Tentera berada di tangga kedua,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera ke-59 di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata walaupun berdepan cabaran ekonomi, koperasi mencatatkan pendapatan bersih RM253.3 juta pada tahun lepas yang merupakan peningkatan daripada RM232.8 juta pada 2023 dan pada masa sama merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM110.2 juta.
Mohamed Khaled berkata kekuatan koperasi terbabit terletak pada sokongan anggotanya yang sentiasa memberi kepercayaan terhadap perkhidmatan koperasi, termasuk dalam aspek pinjaman, insurans dan pelaburan.
“Ini prinsip utama koperasi, iaitu anggota menyokong koperasi mereka sendiri. Kalau koperasi beri pinjaman, anggota pinjam dengan koperasi, bukan dengan along. Selain itu kejayaan koperasi juga datang daripada amalan demokrasi yang sihat,” katanya.
Beliau turut menekankan peranan koperasi sebagai instrumen ekonomi dan sosial kepada anggotanya, khususnya warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berdepan pelbagai cabaran dalam konteks ekonomi semasa.
“Secara individu, anggota mungkin tidak berupaya meninjau dan merebut peluang ekonomi di luar. Tapi melalui koperasi, kita bergotong-royong menjayakan sebuah instrumen ekonomi yang berkesan,” katanya.
Koperasi Tentera Umum Dividen 7.1 Peratus
Mohamed Khaled, dividen, koperasi tentera, ekonomi