emoney
Super Active Member
- Messages
- 8,574
- Joined
- Feb 13, 2007
- Messages
- 8,574
- Reaction score
- 86
- Points
- 70
nasihat berguna dr org banyak pengalaman nih..![]()
Pokcik skrg nih..layan Loan ASB jer....
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
nasihat berguna dr org banyak pengalaman nih..![]()

Pokcik skrg nih..layan Loan ASB jer....)
)
)
loan asb ok ke masuk?halalan toyiban ke.?

bab nih pokcik no komen....semoga Tetuan Butterland cari rujukan dan baca sendiri untuk kefahaman yang lebih mendalam..![]()
SAYA ADA JUMPA NI....
Originally Posted by IjanSmart View Post
Empat ahli lembaga pengarah didakwa jalankan koperasi tanpa lesen
KUALA LUMPUR - Empat ahli lembaga pengarah koperasi, termasuk seorang bergelar Datuk hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menjalankan koperasi tanpa lesen serta menjalankan perniagaan skim cepat kaya, dua tahun lepas.
Mereka ialah Datuk Nabil Abdul Kadir, 47, Saiful Bakhri Abdullah, 28, Md Sarip Salleh, 49, dan Lee Wei Onn, 43, dari Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerima pinjaman daripada bakal ahli koperasi itu sebanyak RM2 juta (RM500,000 setiap tertuduh) sebelum koperasi tersebut didaftarkan secara sah di tingkat bawah, 1 dan 2, Blok A, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa di sini antara 22 Mac 2008 dan 9 Jun 2008.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 10A (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjalankan kutipan pelaburan skim cepat kaya atas nama Units@Neocyber dengan menjanjikan bayaran dividen sehingga 16 peratus setahun kepada ahli koperasi walaupun koperasi itu masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi yang sama dari 13 Ogos 2008 hingga Mac 2009, mengikut Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM200,000.
Untuk pertuduhan ketiga, mereka didakwa menjalankan kutipan pelaburan 'Gold Members' dengan menjanjikan bayaran dividen sehingga 15 peratus setahun kepada ahli koperasi itu walaupun koperasi tersebut masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.
Sementara itu, Nabil dan Saiful Bakhri turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tidak mengisytiharkan diri mereka sebagai Pengarah Syarikat CFIS Sdn Bhd, sebuah syarikat ejen yang dilantik oleh koperasi tersebut di lokasi sama pada 14 Jun 2008.
Nabil juga mengaku tidak bersalah bagi tuduhan menguruskan kewangan koperasi berkenaan dengan menerima elaun sebanyak RM441,030 selama setahun empat bulan walaupun koperasi tersebut masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan di lokasi sama dari April 2008 hingga Julai 2009.
Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan Nabil dan Saiful Bakhri diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin manakala Md Sarip dan Lee diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Noor Mahmud.SINAR HARIAN
KOPEDIK PULAK KALAU TAK SILAP PADA 25 HINGGA 28 BULAN 10 2010 NI, DI KOTA BHARU KELANTAN.
Amat memalukan nama koperasi yang berdaftar ni.....KALAU SEORANG KENA MAKSIMUN 5 JUTA KALAU SEPULUH ORANG DAH ADA 50 PULUH JUTA OK LA JUGA .....KALAU TAK PASTI KOPERASI NI LUBUK DUIT......MAKIN RAMAI NAK TUBUH KOPERASI.....
MOGA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA TAK AKAN LEPAS TANGAN DALAM HAL INI....DAN AHLI KOPERASI AKAN MENYANJUNGI SKM BERTINDAK DENGAN BETUL......![]()