BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Dinamik Malaysia Berhad (D-4-0334) - kopedik.com.my

nasib baik aku tak join tanam serai...inkubator la hape ntah.... member opis yg ajak join mase 2008... aku rase kopedik ni laaa antara koperasi yg mule2 skali bisnes mcm skim cepat kaya.... n lingkup x lama pastu....

Anyway next time...TRACK RECORD 10 - 15 tahun sgt penting utk kita pastikan pelaburan kite x hangus.... sekali denga psl pulangan tu ...mmg la sedap halwa telinga...

Moga xde yg terkena lg pasni... :)
 
SAYA ADA JUMPA NI....
Originally Posted by IjanSmart View Post
Empat ahli lembaga pengarah didakwa jalankan koperasi tanpa lesen

KUALA LUMPUR - Empat ahli lembaga pengarah koperasi, termasuk seorang bergelar Datuk hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan menjalankan koperasi tanpa lesen serta menjalankan perniagaan skim cepat kaya, dua tahun lepas.

Mereka ialah Datuk Nabil Abdul Kadir, 47, Saiful Bakhri Abdullah, 28, Md Sarip Salleh, 49, dan Lee Wei Onn, 43, dari Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerima pinjaman daripada bakal ahli koperasi itu sebanyak RM2 juta (RM500,000 setiap tertuduh) sebelum koperasi tersebut didaftarkan secara sah di tingkat bawah, 1 dan 2, Blok A, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa di sini antara 22 Mac 2008 dan 9 Jun 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 10A (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjalankan kutipan pelaburan skim cepat kaya atas nama Units@Neocyber dengan menjanjikan bayaran dividen sehingga 16 peratus setahun kepada ahli koperasi walaupun koperasi itu masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi yang sama dari 13 Ogos 2008 hingga Mac 2009, mengikut Seksyen 45(1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM200,000.

Untuk pertuduhan ketiga, mereka didakwa menjalankan kutipan pelaburan 'Gold Members' dengan menjanjikan bayaran dividen sehingga 15 peratus setahun kepada ahli koperasi itu walaupun koperasi tersebut masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

Sementara itu, Nabil dan Saiful Bakhri turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tidak mengisytiharkan diri mereka sebagai Pengarah Syarikat CFIS Sdn Bhd, sebuah syarikat ejen yang dilantik oleh koperasi tersebut di lokasi sama pada 14 Jun 2008.

Nabil juga mengaku tidak bersalah bagi tuduhan menguruskan kewangan koperasi berkenaan dengan menerima elaun sebanyak RM441,030 selama setahun empat bulan walaupun koperasi tersebut masih belum mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan di lokasi sama dari April 2008 hingga Julai 2009.

Hakim Rozana Ali Yusoff membenarkan Nabil dan Saiful Bakhri diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin manakala Md Sarip dan Lee diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 8 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kamarulzaman Mohamad Buhari manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohamed Noor Mahmud.SINAR HARIAN

KOPEDIK PULAK KALAU TAK SILAP PADA 25 HINGGA 28 BULAN 10 2010 NI, DI KOTA BHARU KELANTAN.
 
PENDAKWAAN KOPEDIK MUNGKIN KENA TANGGUH LAGI KOT .....SENYAP AJE.......KALAU NAK TAHU CUBA TANYA REJAB BENDAHARI KOPEDIK DAN JUGA SEBAGAI PEGAWAI AUDIT DI SKM....LA NI.

AKTA NI ADA MENYATAKAN .....
mengikut Seksyen 10A (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

KALAU 10 ORANG DAH ADA 50 JUTA OK LA GAK....
 
Amat memalukan nama koperasi yang berdaftar ni.....KALAU SEORANG KENA MAKSIMUN 5 JUTA KALAU SEPULUH ORANG DAH ADA 50 PULUH JUTA OK LA JUGA .....KALAU TAK PASTI KOPERASI NI LUBUK DUIT......MAKIN RAMAI NAK TUBUH KOPERASI.....
MOGA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA TAK AKAN LEPAS TANGAN DALAM HAL INI....DAN AHLI KOPERASI AKAN MENYANJUNGI SKM BERTINDAK DENGAN BETUL......:)cgrock

aku ada jumpa yang ni.......agak lama jugak......

SKM sentiasa tegas tangani aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) merujuk surat dalam ruangan ini bertajuk ‘Bank Negara kena pantas hapus syarikat ambil deposit haram’, bertarikh 7 Oktober lalu yang turut menyatakan SKM bersikap lepas tangan apabila isu dibangkitkan.

Untuk pengetahuan, semua orang ingin mendapat pulangan lumayan daripada koperasi pelaburan mereka. Tetapi awas, jangan tertipu. Kini pelbagai skim pelaburan ditawarkan oleh pelbagai pihak termasuk skim pelaburan ‘deposit haram.’

Sebelum membuat sesuatu pelaburan orang ramai perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dan lebih bijak agar tidak terburu-buru, serta berwaspada dan berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang ditawarkan mana-mana pihak.

SKM bertindak sebagai pemantau terhadap semua aktiviti yang dijalankan setiap koperasi. Ini bermaksud, apabila terdapat mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama koperasi bagi tujuan pengambilan deposit atau simpanan khas yang tidak sah di sisi undang-undang termasuk menjalankan skim pelaburan yang bercirikan ‘cepat kaya’ ini akan diambil tindakan pihak SKM.

SKM dengan kerjasama Bank Negara sentiasa memantau dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membanteras kegiatan itu.

Sehingga kini SKM tidak pernah meluluskan mana-mana aktiviti pelaburan ala ‘skim cepat kaya’ dan peka mengenai penipuan skim berkenaan dengan membuat hebahan melalui laman webnya iaitu www.skm.gov.my dan kenyataan akhbar.

Selain itu, SKM juga turut meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan anggota lembaga, pegawai serta koperasi yang melakukan kesalahan diambil tindakan dan dihukum. Sehingga kini, lima koperasi disiasat dan dikenal pasti menjalankan skim pelaburan bercirikan ‘skim cepat kaya.’

Tindakan tegas diambil ke atas koperasi ini termasuk memberhentikan skim berkenaan serta mengenakan tindakan penggantungan ke atas anggota lembaga dan melantik pegawai SKM sebagai Lembaga Koperasi dengan mengambilalih kawalan ke atas koperasi berkenaan.

Isu penerimaan deposit haram tidak akan timbul di dalam gerakan koperasi sekiranya mereka yang terbabit di dalam pelaburan ini sedar mengenai tanggungjawab mereka sebagai anggota dan pelabur di dalam koperasi.

Mereka seharusnya meneliti terlebih dulu urus niaga atau aktiviti yang hendak dijalankan sama ada mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan atau sebaliknya.

Adalah tidak benar kenyataan pengadu yang menyatakan bahawa SKM bersikap lepas tangan apabila isu itu berbangkit. Masalahnya, pengadu sendiri tidak mahu mempercayai kenyataan yang dibuat pihak berkuasa akibat sifat ingin mendapat keuntungan dengan cepat dan mudah tanpa usul periksa.

Bagaimanapun, SKM sentiasa terbuka untuk menerima sebarang aduan ataupun pertanyaan daripada orang awam mengenai isu berkait rapat dengan koperasi di negara ini.

HASMAWATI

MUHAMAD,

Pegawai Perhubungan Awam

Suruhanjaya Koperasi

Malaysia.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_Ne...cle/index_html

KALAU TAK CAYA CUBA CARI MAKLUMAT NI........

pada masa bendahari dan setiausaha kopedik adalah EN REJAB DAN DI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PULAK JAWATAN EN REJAB NI SEBAGAI PEG.... AUDIT........DISKM....
 
bagi up balik forum ni.........rujuk SKM cepat sapa nak tengok ALK KOPEDIK kat KL.....

PAKAT RAMAI RAMAI PI SANA ADA PEMBICARA KES KOPEDIK TAHUN NI....TAK CAYA TANYA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAHAGIAN SIASATAN.....

SAPA YANG TANYA NANTI UP DATE LA KAT SINI ...K
 
Logo inar harian edisi kelantan 9/3/2011

Memo Editor
Sorok dalam tandas

KOTA BHARU – Dua lelaki yang dikenakan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bertindak menyorokkan diri kira-kira 20 minit dalam tandas kompleks itu, semata-mata malu dan tidak mahu wajah dirakam media.

Kedua-dua lelaki itu menutup muka menggunakan jaket lalu terus ke tandas berkenaan sebelum kembali semula ke mahkamah sama untuk menjadi saksi satu kes pengambilan pinjaman daripada bukan ahli koperasi.

Mohd Khairuddin Ibrahim, 32, dan Azam Hafizi Mustapaha, 28, bersalah kerana mengambil pinjaman daripada tujuh orang yang bukan ahli Koperasi Dinamik Malaysia Berhad berjumlah RM135,000 tanpa kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) antara Januari hingga Mei, tiga tahun lalu.

Mohd Khairuddin selaku setiausaha dan Azam Hafizi yang bertindak sebagai bendahari pertubuhan yang berlokasi di PT 1531, Tingkat 1, Persiaran KK6, Bandar Baru Kubang Kerian itu didapati menjalankan kutipan pelaburan yang dinamakan ‘Pinjaman Persahabatan’.

Mereka dituduh bersama pengerusinya, Khairul Azizi Ramli, 35, dan ahli lembaga pengarah, Haziremzi Ibrahim, 33, kerana menjalankan pinjaman yang menjanjikan pembayaran dividen 45 peratus dalam enam bulan melalui aktiviti penanaman serai tanpa kelulusan.

Mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 50(e) Akta Koperasi 1993 Akta (502) iaitu kesalahan di bawah Seksyen 91(1)(a) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 91(2) akta sama.

Pada prosiding yang berakhir jam 10.30 pagi itu, seorang wartawan memujuk mereka untuk keluar dari tandas berkenaan tetapi gagal.

Bagaimanapun, mereka akhirnya keluar dengan bantuan polis.

Pengakuan salah mereka diterima mahkamah dan denda dijelaskan sebelum menyambung semula perbicaraan kes sebagai saksi pendakwaan yang dijalankan Pendakwa Raya SKM, Kamarul Zaman Mohamad Buhari terhadap dua lagi tertuduh, pengerusi dan ahli lembaga pengarah pertubuhan itu.

Khairul Azizi dan Haziremzi berdepan denda sehingga RM100,000 dan jika kesalahan berterusan boleh didenda harian sebanyak RM100 setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan.
Jawatan Kosong
 
Back
Top
Log in Register