BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOPENAS - Kop. Perkhid. Pelajaran Nasional Bhd ( KOOP.Negara No. 72)- www.kopenas.org

amaar

Active Member
Messages
2,191
Joined
Jul 13, 2006
Messages
2,191
Reaction score
25
Points
30
Salam semua,

Mungkin ramai lagi yang belum mengetahui berkenaan KOPENAS ini. koperasi ini telah ditubuhkan 25 tahun yang lalu dna baru sahaja menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 25 tahun. Saya buka topik ini adalah untuk berkongsi dengan warga CG semua tentang KOPENAS ini. Aset KOPENAS yang dikumpulkan adalah sebanyak RM49.5 juta. Jumlah keahlian adalah seramai 14,719 orang ahli. yang mana selangor mencatat keahlian yang tertinggi iaitu 3220 orang ahli dan sarawak mencatatkan keahlian yang paling sedikit iaitu 13 orang ahli sahaja. Jadi saya mengharapkan warga sabah dan sarawak akan bertambah keahliannya sehingga 1000 orang setiap negeri. keahlian ini terbuka kepada semua kakitangan perkhidmatan pelajaran Malaysia. Keahliannya cuma RM10 sebulan. KOPENAS menduduki tempat ke-99 daripada 5,163 buah koperasi seluruh negara. Pengasas KOPENAS ialah Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Rahman Arshad bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pengerusi sekarang ialah Tn. Haji Abdul Rahman b. Mohd Ali

Pejabat KOPENAS terdapat NO 27 Jalan 45/26 Taman Seri Rampai, Setapak Kuala LUmpur.

kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli bolehlah hubungi aku 0196272996.
 
Kelebihan ahli

Kenapa anda mesti menjadi ahli kopenas :

1. anda boleh buat pembiayaan peribadi sehingga 15 tahun pada kadar 5.6% setahun dan payout tertinggi iaitu 97.5%.
2.pembiayaan barangan pengguna
3. pembiayaan segera
4. boleh keluarkan yuran modal sehingga 80%
5. pembiayaan insurans kereta
6. pembiayaan kecemasan ketika berada di Lembah kelang seperti meninggal dunia, jatuh sakit, kerosakan kenderaan, kemalangan, kecurian, samun, ragut dan sebagainya sehingga RM1,000
7. pembiayaan setiabudi. dari umur 56-70 tahun
8. pemnbiayaan peribadi menunaikan umrah
9. tabung kebajikan bagi membantu anggota, ahli keluarga dan ibubapa dari 5000 hingga 300
10. tabung dermasiswa pengajian tinggi. kalau anda masuk universiti anda akan dapat RM700
11. tabung ehsan yang menghadapi musibah sep[erti kebakaran bencana alam dan penyakit kronik
12. tabung khairat sehingga RM5000
13. hadiah kecemerlangan anak yang cemerlang dalam upsr, PMR dan SPM
 
tuan tanah...

KOPENAS ni bukan untuk guru2 atau kakitangan pendidikan jek ke?

aku berminat.
 
tuan tanah...

KOPENAS ni bukan untuk guru2 atau kakitangan pendidikan jek ke?

aku berminat.

ye betul semua yang berkaitan dengan kementerian pelajaran boleh jadi ahli... dividen tahun lepas 20% untuk sesiapa yang ada saham kat kopenas. best tu. dan banyak lagi kelebihan yg telah disenaraikan
 
dividen 20% wow lg tingi daripada bank rakyat..baguis2
mari..mari join
 
dividen 20% wow lg tingi daripada bank rakyat..baguis2
mari..mari join

kopenas ni koperasi yang dah lama orang kata koperasi yang diterajui orang guru-guru yang dah pencen. pengalaman diaorang dalam koperasi terlalu matang. keuntungan yang dibuat dah berlipat kali ganda. pembiayaan peribadi yang diberikan bukan duit dari bank kemudian mengenakan payout yg rendah 80% je pada kita. kemudian interest yang tinggi sehingga 10%. pembiayaan peribadi kopenas solid daripada dana kopenas sendiri tak perlu pinjam dari bank lain untuk buat kredit pinjaman. itu sebab dia dapat bagi 5.6% je setahun. tapi dividen dia boleh bagi sehingga 20%
 
skrg sesiapa yang nak buat loan boleh terus menjadi ahli tak perlu tunggu 3 bulan lagi.... kalau yg tak minat nak buat loan tu boleh masuk syer saham... dividen dia tinggi setiap tahun
 
TENTERA boleh join sama ker??termasuk loan...
 
Back
Top
Log in Register