BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konvensyen PN 2022

Siapakah pilihan PN utk PRU15 nanti?

  • 1.UMNO+BN

    Votes: 3 23.1%
  • 2.PH

    Votes: 6 46.2%
  • 3.GTA (Gagasan Tanah Air)

    Votes: 1 7.7%
  • 4.Warisan

    Votes: 0 0.0%
  • 5.hanya dengan PAS

    Votes: 3 23.1%
  • 6.dan lain lain

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    13
#BHnasional Muhyiddin yakin PN akan jadi pilihan majoriti rakyat pada PRU-15, dakwa sokongan terhadap BN makin merosot
https://bit.ly/3CChpJ4


'Tahun ini atau tahun depan, PN akan tewaskan BN'​


Ogos 27, 2022 @ 12:34pm


Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. - FAIL NSTP
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. - FAIL NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk melangkah masuk gelanggang berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa.

Malah, Pengerusi PN itu yakin Barisan Nasional (BN) dapat ditumpaskan dalam PRU-15 tanpa mengira sama ada Parlimen dibubarkan tahun ini atau tahun depan, berdasarkan laporan yang mendakwa sokongan terhadap BN semakin merosot.

"Saya ada baca kenyataan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN. Dia kata pilihan raya mesti diadakan pada tahun ini bukan tahun depan.








"Kalau tunggu tahun depan, BN mungkin kalah. Kalau tahun ini pun, BN akan kalah.




"Apa pun, kita bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Kalau ikut adat kebiasaannya pun, kita sudah memasuki ke tahun terakhir penggal pilihan raya ini.
"Jadi kalau esok Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen, kita anak jantan sedia masuk gelanggang," katanya, sambil disahut tepukan dan sorakan penyokong PN.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, BN berisiko tewas jika PRU-15 diadakan tahun depan akibat faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu berbincang dengan PN terlebih dahulu sebelum memutuskan tarikh PRU-15, selaras perjanjian kedua-dua pihak.

"Mengikut perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri yang saya dan Perdana Menteri tandatangani, bila Perdana Menteri nak tentukan tarikh pilihan raya, beliau kena runding dengan kita dulu kerana kita juga adalah sebahagian penting daripada kerajaan.

"Tak tahulah saya sama ada Perdana Menteri masih ingat adanya perjanjian itu," katanya.

Muhyiddin berpandangan, wujud kemungkinan Parlimen dibubarkan sehari selepas pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan kepada 7 Oktober depan, berbanding tarikh asal 28 Oktober.

"Kita tahu PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan, walaupun kita dengar ura-ura berkemungkinan diadakan dalam masa terdekat.

"Mungkin lepas Perdana Menteri bentang Bajet 2023 pada 7 Oktober, esoknya mungkin Parlimen dibubarkan. Itu telahan saya," katanya.
Pada masa sama, Muhyiddin mendakwa desakan parti tertentu supaya PRU-15 diadakan secepat mungkin bertujuan untuk parti itu kembali berkuasa bagi menyelamatkan pihak tertentu daripada hukuman mahkamah.

"Saya tidak fikir rakyat Malaysia akan membiarkan perkara ini berlaku. Pilihan raya tahun ini atau tahun depan, bagi kita sama saja. Prinsip kita ialah lawan yang mungkar, pilih integriti dan terus prihatin kepada rakyat kerana itulah tujuan kita berada di dalam wadah PN," katanya
 

‘Sakau-menyakau tidak boleh jadi budaya PN’​

27 Ogos 2022 11:15am Masa membaca: 2 minit

1888961.jpg

Muhyiddin ketika berucap merasmikan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua pada Sabtu.


‘Sakau-menyakau tidak boleh jadi budaya PN’​

oleh NURUL HUDA HUSAIN 27 Ogos 2022 11:15am Masa membaca: 2 minit
fb-color-icon.png

twitter-color-icon.png

whatsapp-color-icon.png

moreshare-color-icon.png

1888961.jpg

Muhyiddin ketika berucap merasmikan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua pada Sabtu.


SERDANG - Amalan ‘ambil apa yang sempat’ atau ‘sakau-menyakau’ tidak boleh menjadi budaya dan amalan dalam Perikatan Nasional (PN).



Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan prinsip gabungan parti itu, malah turut menyalahi hukum Islam.


Beliau turut menegaskan, amalan ‘songsang’ ini juga boleh membarah dan menjadi punca kejatuhan bukan sahaja parti politik, tetapi masyarakat, negara dan juga tamadun.
“Untuk melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan gagah, Malaysia perlu mempunyai suatu ekosistem budaya, politik dan pengurusan kerajaan yang bebas rasuah dan berintegriti.

“Pengalaman lalu mengajar kita bahawa budaya politik yang dilingkari amalan rasuah merupakan suatu kemungkaran yang rosak lagi merosakkan,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.
Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri DR Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam masa sama turut menjelaskan, transformasi budaya politik yang bebas rasuah mesti dimulakan di dalam gabungan parti itu.

“Jika dilihat dari sudut yang positif, PN adalah sebuah gabungan parti politik yang baharu. Kita berpeluang untuk memupuk dan membina budaya politik baharu yang berlandaskan kepatuhan kepada nilai-nilai agama, moral dan etika untuk mewujudkan sebuah budaya politik yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti,” katanya.
Sakauwan2 yang ada dalan PN tu eloklah bertaubat untuk tidak mengulangi perangai dalam UMNO dahulu. Bertaubat dan menyesali sungguh2 moga Allah tak buka aib. Untuk yang dah terbuka aib, elok mengaku jer tak payah twist sana sini seperti bekas boss parti lama
 
Sakauwan2 yang ada dalan PN tu eloklah bertaubat untuk tidak mengulangi perangai dalam UMNO dahulu. Bertaubat dan menyesali sungguh2 moga Allah tak buka aib. Untuk yang dah terbuka aib, elok mengaku jer tak payah twist sana sini seperti bekas boss parti lama

Buat salah ni kot mana pun akan ada nampak juga suatu hari nanti

Buat salah boleh lah sekali
Tu pun tak sengaja
Boleh taubat
Tapi kalau dah berulang kali buat
Macam tak bertaubat
 
Gabungan parti dalam PN akan menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

PRU15: Muhyiddin Perdana Menteri ke-10 jika PN menang​


27 Ogos 2022 01:36pm Masa membaca: 1 minit


1889156.jpg

Dominic Lau ketika berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.



SERDANG - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.


Menurutnya, gabungan parti dalam PN akan menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Kita akan ambil alih kerajaan Persekutuan dan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10,” jelasnya
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

Bagaimanapun, Dominic Lau mengakui, untuk mencapai impian bagi memenangi PRU15 itu bukan senang.

“Untuk mencapai impian ini kita mesti mendapatkan mandat dan sokongan undi daripada rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Tegasnya, PN perlu memperoleh undi semua lapisan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya.
 
Back
Top
Log in Register