BTC USD 80,397.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kontraktor Rumah Impian

akuworld

Active Member
Messages
1,289
Joined
Feb 22, 2007
Messages
1,289
Reaction score
2
Points
25
Assalamualaikum semua,

Saya merupakan ejen bagi syarikat WAWASAN INTACT CONSTRACTION SDN BHD yang bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda bagi merialisasikan impian anda dalam membina, membeli dan mengubah suai rumah impian anda. Syarikat yang berpengalaman sejak tahun 1970.

Syarikat WIC juga bersedia memberikan perkhidmatan percuma dari segi rekaan plan, sebut harga pembinaan, urusan khidmat guaman dan urusan pinjaman kerajaan / bank.

Syarikat WIC berpusat di Melaka dan mempunyai cawangan di Selangor (Banting), Johor (Muar, Batu Pahat)

Jika ada yang berminat untuk membina banglo di tanah sendiri dan mencari-cari kontraktor yang berwibawa, bolehlah menghubungi saya. Begitu juga jika ada yang berminat membeli rumah teres yang dimajukan oleh pihak WIC dikawasan Melaka dan Johor, boleh juga menghubungi saya.

"LETS US MAKE YOUR DREAM HOMES COMES TRUE"
 
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih
 
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih

btol tu, den pon bermint gakk..
 
berapa bajet buat umah banglo satu tingkat 5 bilik..
tanah tuan umah sendiri..just nak tahu kos umah banglo tersebut..dari awal hingga siap pembinaan ...termasuk kos upah dah sbgainya..
leh bagi anggaran tak ??? terima kasih

Terima kasih tuan,

Anggaran Bajet sebuah rumah banglo setingkat 5 bilik mengikut keadaan semasa selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini ialah amtara 190k hingga 250K. Itu itu bergantung kepada jenis dan kualiti bahan binaan & kemasan yang digunakan serta jenis tanah.

Pihak syarikat sudah ada beberapa reka bentuk rumah.Tuan boleh membuat memilih dan membuat pengubahsuaian.Kalau tuan dah ada design sendiri pun tak menjdi masalah.Pihak syarikat juga bersedia memberi pandangan dan menjadi jururunding tentang kesesuaian sesuatu reka bentuk rumah.

Apa kata kita jumpa dan berbincang mana-mana yg patut... Banyak kelebihan yang akan tuan dapat nanti..insyaallah
 
landlord, if aku nak betulkan umah je bleh, sambil tue merenovate umah? bley ka
 
wahh cam bes ajer offer nih...
rumah impian aku cam nih...
rumah sedia ada nih aku tak mo kosek...aku cuma nak topap kat atas ajer then.. kalo buleh kat tingkat atas tuh ada dalam 3 bilik ajer cukup dan satu swiming pool sekali kat tingkat atas tuh... hehhe
agak2 kalau idea sengal aku nih.. brapa duit aku kene standby
 
Proses Kerja Pembinaan (selepas perbincangan):

1) Penyiasatan Tapak
Menyiasat Tanah - Tujuan penyiasatan tanah ialah mengenal pasti lapisan tanah dan kekuatan tanah serta untuk membuktikan kesahihan dan menambahkan maklumat terkumpul.

Maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk menyediakan reka bentuk binaan yang selamat dan ekonomi.

Mengenal pasti kesesuaian asas bangunan yang lebih selamat dan ekonomi.
- Tanah padat (Solid soil): menggunakan Asas Pad (Pad foundation)
- Tanah tidak padat / tanah gambut (Non-solid soil): menggunakan Cerucuk (Piling)

2. Reka Bentuk Struktur

Struktur bangunan dibina mengikut Undang-undang Bangunan.

Wawasan menggunakan 'Isolated Pad Footing'/Frame Design.


Wawasan Intact menggunakan sistem dinding tidak galas / tanggung beban iaitu membina struktur kerangka bangunan dahulu sebelum menjalankan kerja bata.

Kelebihan menggunakan sistem dinding tidak galas beban ialah:-

- Dinding bangunan tidak mudah runtuh jika anak-anak atau cucu tuan rumah hendak menjalankan kerja-kerja pembaikan (renovation) ke atas rumah tersebut pada masa akan datang.
- Dinding tidak akan tanggung beban yang banyak.
- Pembaikan boleh dibuat tanpa rasa takut bumbung bangunan runtuh.

3. Konkrit

Wawasan menggunakan konkrit bancuh siap untuk membina struktur bangunan.


- Bancuhan dibuat di loji pusat membancuh, kemudian dibekalkan kepada tapak binaan melalui trak penggaul konkrit.

Kelebihan menggunakan konkrit bancuh siap ialah:-


- Bancuhan konkrit lebih bermutu.
- Jika bancuhan konkrit dilakukan sendiri di tapak, tiada kontraktor dapat mengawasi kerja-kerja bancuhan di tapak binaan selama 24 jam. Nisbah bancuhan yang tidak tepat akan menjejaskan mutu konkrit yang dikehandaki.
- Perangai pekerja.
- Tidak cukup tangan membuat kerja.
- Jimat masa.

Kelebihan menggunakan sistem dinding tidak galas beban ialah:-


- Dinding bangunan tidak mudah runtuh jika anak-anak atau cucu tuan rumah hendak menjalankan
kerja-kerja pembaikan ke atas rumah tersebut pada masa akan datang.
- Dinding tidak akan tanggung beban yang banyak.
- Pembaikan boleh dibuat tanpa rasa bimbang bumbung bangunan runtuh.

Bancuhan konkrit yang Wawasan gunakan ialah ready mix grade 25 iaitu bersama dengan 'conventional mix' nisbah campuran konkrit (1 : 1½ : 3) iaitu 1 simen : 1½ batu baur halus : 3 batu baur kasar dan air.

Pasir / Batu halus yang dikeluarkan oleh kilang konkrit telah menjalani ujian terlebih dahulu. Ini bertujuan bagi memastikan pasir terhindar dari segala kekotoran kerana:-


- Jika pasir mengandungi sulfur / garam, akan menghakis besi tetulang dan menggalakkan pengaratan - mempengaruhi kekuatan bangunan.
- Jika mengandungi lumpur atau minyak akan menjejaskan kualiti konkrit.
- Pasir yang kotor/mengandungi kekuatan bangunan.

Wawasan menggunakan acuan logam untuk kerja-kerja acuan struktur. Kelebihan-kelebihan menggunakan acuan logam:-


- Dapat mengelakkan kehadiran anai-anai.
- Tidak melakukan pembaziran paku dan paku tidak bersepah di tapak bina - dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.
- Lebih cepat dan selamat.
- Mesra alam (enviroment friendly) - tiada pembakaran kayu.

4.Lapisan Kalis Air untuk Rasuk Luar & Penurunan Aras

Fungsi lapisan kalis air ialah memberikan perlindungan tang memuaskan kepada dinding luar iaitu mengelakkan kelembapan dinding yang akan mengakibatkan fungus/kulat/cendawan.

Kedudukan yang baik untuk pemasangan lapisan kalis air ialah:-


- Pada permukaan dalam rasuk lantai.
- Pada permukaan dalam bagi setiap penurunan.

5. Kaedah-kaedah pembinaan struktur lantai

1) Masukkan lapisan kalis air pada permukaan dalam rasuk lantai.
2) Masukkan tanah
3) Padatkan tanah dengan menggunakan mesin.
4) Masukkan crusher run (3-4 inch). - Berfungsi untuk memampatkan sedikit lapisan tanah.
- Untuk menambah satu (1) lapisan antara tanah dan konkrit.

5) Ratakan permukaan crusher run dengan menggunakan mesin rammer.
6) Semburkan ubat anai-anai di atas crusher run (2 tin / 8 Liter ubat anai-anai) sebagai perlindungan tambahan (extra protection).
7) Tutup permukaan dengan plastic sheet sebagai lapisan kalis air dan kelembapan.
8) Letakkan bar reinforcement (BRC) size G65 di atas permukaan.
9) Tuang konkrit 'site mix' sebagai Konkrit lantai.
10) Sebelum kerja bata dilakukan, lapisan kalis lembab (LKL) / damp-proof course (DPC) diletakkan di atas rasuk lantai sebagai rintangan kelembapan.


sambungan...
 
Back
Top
Log in Register